Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati

December 15, 2023 · Isu semasa

Seorang bekas pengawal keselamatan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh pelajar tingkatan lima yang juga kekasihnya, lapan tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan sebulat suara itu selepas membenarkan rayuan akhir Tarmizi Yaakob, 28, supaya mahkamah mempertimbangkan hukuman di bawah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846), lapor Bernama.

“Hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 25 Okt 2015,” katanya yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Abu Bakar Jais.

Hakim Mohamad Zabidin turut membatalkan rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan merogol selepas peguam Azizul Shariman Mat Yusoff mewakili Tarmizi memaklumkan pihaknya tidak meneruskan rayuan. Oleh itu, hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan terhadap Tarmizi, kekal.

Pada 26 Mac 2019, Mahkamah Tinggi Georgetown, Pulau Pinang menjatuhkan hukuman mati terhadap Tarmizi yang dikenali sebagai “Babun” selepas didapati bersalah membunuh pelajar berusia 17 tahun di sebuah pangsapuri di Teluk Kumbar, Georgetown antara 7.30 pagi hingga 7.30 malam, 25 Okt 2015.

Mahkamah itu juga menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan terhadap Tarmizi kerana merogol kekasihnya di tempat dan tarikh sama pada 7.30 pagi. Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu bagi kesalahan membunuh dan merogol.

Terdahulu, Azizul Shariman berkata pihaknya telah menyerahkan representasi kepada Jabatan Peguam Negara pada 15 Ogos lepas supaya mahkamah mempertimbangkan hukuman di bawah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846).

“Kami mendapat jawapan daripada pihak responden (pendakwa raya) bahawa tiada halangan untuk kami memohon hukuman di bawah akta terbabit,” katanya dan menambah rayuan hanya membabitkan hukuman dan bukan sabitan.
Timbalan Pendakwa Raya Noorhisham Mohd Jaafar mengesahkan perkara itu.

Semasa rayuan meringankan hukuman, Azizul Shariman memohon penjara minimum dengan mengambil kira semasa kejadian, perayu ialah pesalah muda yang ketika itu berumur 20 tahun serta mengalami terencat akal minimum akibat pengambilan dadah, selain kurang kasih sayang memandangkan ibunya meninggal dunia semasa usianya 15 tahun.

Noorhisham pula berkata semasa kejadian, perayu telah menggunakan senjata pisau dan hasil laporan perubatan mendapati terdapat 18 kesan campuran pendarahan, lebam, luka dan melecet pada badan si mati.

Justeru, pihak pendakwaan memohon hukuman penjara tidak kurang 35 tahun.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
‘Terengganu Menangis’: 26 hadir kenduri terjangkit Covid-19
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok