‘Terengganu Menangis’: 26 hadir kenduri terjangkit Covid-19

April 16, 2021 · Isu semasa

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus mengingatkan orang ramai supaya mengambil iktibar daripada penularan Covid-19 yang disebabkan tindakan rentas negeri untuk menghadiri majlis kenduri.

Beliau berkata, kluster Taman Rakyat iaitu kluster terbaharu di Terengganu tercetus hasil rentas negeri individu dari Sabah untuk menghadiri majlis perkahwinan.

“Hasil rentas negeri dari Sabah untuk menghadiri perkahwinan adik akhirnya mencetuskan Kluster Taman Rakyat. Akhirnya menjangkiti 26 orang di mana 11 ahli keluarga dan 15 tetamu kenduri.

“Hasil pertemuan hanya untuk ‘kirim’ duit kenduri serta ‘goodies’ telah menjangkiti kawan baik. Kawan ini pulak mengadakan majlis akikah di kampung akhirnya menjangkiti 5 ahli keluarga dan 7 tetamu akikah,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau dan Jabatan Kesihatan Terengganu.

Dr Nor Azimi berkata, penularan juga berlaku di kalangan sahabat handai walaupun hanya untuk menghantar barang COD yang dipesan.

“Terkini seramai 109 dilaporkan dari Kluster Belaoh. Jadi apa iktibar kisah-kisah ini? Ada nya rentas negeri. Perkumpulan ramai orang tanpa pematuhan SOP (Prosedur Operasi Standard).

“Jika SOP dipatuhi tak akan ada jangkitan. Kalau ada pun sangat minima bukan kluster besar sebegini. Sebab itu kami selalu pesan tangguh dulu perkumpulan ramai orang. Kita tak tahu siapa yang kita jumpa walaupun ahli keluarga atau rakan sekerja,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan kluster baharu akan tercetus lagi sekiranya tiada pematuhan SOP di bazar Ramadan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok