Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan

December 17, 2023 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Perak terus meningkat malam ini manakala situasi di Terengganu dan Selangor dilaporkan semakin pulih, lapor Bernama.

Di KELANTAN jumlah mangsa banjir meningkat kepada 4,840 orang daripada 1,528 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,114 orang daripada 1,282 keluarga direkodkan pagi tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hanya jajahan Pasir Mas dan Tanah Merah masih terjejas banjir dan kesemua mangsa sedang berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di lokasi terbabit.

Di Pasir Mas mangsa ditempatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi, SK Sri Rantau Panjang (2), SK Gual To’Deh, SK Kok Pauh, SK Gual Sitok, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok, SMK Baroh Pial, SK Kedai Tanjong, SK Gual Periok, Madrasah Tasek Bakong, Masjid Mukim Padang Licin, SK Sri Kiambang, SMK (A) Lati dan SK Lati.

Sementara di Tanah Merah, mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Ugama (A) Kajang.

Di PERAK, mangsa banjir meningkat sedikit malam ini kepada 87 orang daripada 26 keluarga berbanding 80 mangsa daripada 25 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak di Teluk Intan pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak memaklumkan penduduk terjejas dari kawasan Batu 9, Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Lorong Sidang Osman, Batu 7, Batu 8, Lorong Imam Khairi serta Lorong Mesra.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak memaklumkan paras air di Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada paras bahaya iaitu 3.57 meter.

Di TERENGGANU, banjir gelombang kedua semakin pulih dengan menyaksikan jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS turun mendadak kepada 824 mangsa daripada 184 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 2,693 mangsa daripada 654 keluarga pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), kesemua mangsa ditempatkan di sepuluh PPS di tiga daerah iaitu Setiu, Dungun dan Marang manakala daerah Kemaman, Hulu Terengganu dan Besut, banjir sudah pulih sepenuhnya.

Di Dungun pula, sebanyak 595 mangsa daripada 151 keluarga masih berlindung di enam PPS manakala di Marang, sebanyak 179 mangsa daripada 22 keluarga berada di tiga PPS dan di Setiu hanya 50 mangsa daripada 11 keluarga berlindung di PPS Surau Kampung Nyatoh.

Menurut https://publicinfobanjir.water.gov.my, air sungai di semua stesen utama negeri itu berada pada paras normal kecuali Sungai Tersat di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu yang berada pada paras waspada.

Di SELANGOR, menurut Info Bencana JKM, mangsa banjir di negeri itu mencatatkan penurunan daripada 69 mangsa membabitkan 23 keluarga pagi tadi kepada 39 mangsa daripada 11 keluarga setakat 9 malam.

Dua PPS masih beroperasi masing-masing di Sekolah Rendah Agama (SRA) Padang Jawa di Klang menempatkan 20 mangsa manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang di Kuala Selangor (19 orang).

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
24 Jan keputusan kes rasuah Zahid
December 6, 2021
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok