Masalah kewangan, tekanan ekonomi punca pasangan muda bercerai

July 25, 2023 · Isu semasa

Benarkah ramai pasangan muda menjadikan perkahwinan sebagai trend tanpa mempunyai perancangan kewangan kukuh dan pasangan terlalu muda.

Golongan muda juga dikatakan terpengaruh dengan media sosial dan ramai dalam kalangan pasangan muda yang sanggup berhutang semata-mata ingin nampak mewah.

Malah pasangan muda kini suka membandingkan diri dengan gaya hidup orang lain di media sosial menyebabkan mereka sanggup berhutang demi mendapatkan sesuatu sehingga berdepan masalah kewangan.

Mereka juga gemar menggayakan barangan mahal mengikut trend terkini hanya untuk mendapatkan “likes” daripada pengikut di media sosial.

Ini boleh menyebabkan pasangan mengalami tekanan kewangan, seterusnya menjurus kepada perceraian.

Penganalisis ekonomi dan muamalat di Universiti Sains Islam, Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali berkata tekanan masalah kewangan antara penyebab utama perceraian.

“Gaji sekadar cukup makan juga menyebabkan pasangan bergaduh kerana tidak mampu menyara kehidupan seharian.

“Mereka perlu bekerjasama dan bertoleransi dengan cara berkomunikasi bagi mencapai persefahaman dalam mengatasi masalah kewangan.

“Sememangnya sukar merealisasikan impian hidup berkeluarga tanpa menghadapi krisis kewangan. Namun, mereka perlu bersabar dan tidak cepat melatah dengan apa jua cabaran akan datang.”

Beliau mencadangkan kursus pra-perkahwinan ditambah baik, antaranya membantu peserta merancang perbelanjaan sejajar pendapatan mereka, menggalakkan simpanan wang selepas majlis perkahwinan dan penerangan mengenai perancangan serta pengurusan kewangan.

Dalam pada itu, pakar motivasi dan kaunseling, Hushim Salleh berkata, masalah kewangan menjadi antara penyebab utama berlakunya perceraian kerana ramai suami diberhentikan kerja dan hilang punca pendapatan akibat Covid-19 yang lalu.

Menurutnya, masalah kewangan itu akan mempengaruhi komunikasi antara suami dan isteri kerana mungkin pasangan akan meninggikan suara antara satu sama lain kerana tertekan, seterusnya keadaan itu akan mewujudkan ketidaksefahaman.

“Banyak kes berlaku melibatkan golongan B40 seperti pekerja kilang, pembantu makan dan ada juga yang bekerja sendiri seperti peniaga kecil-kecilan.

“Kebanyakan mereka hidup umpama kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Masalah kewangan boleh menimbulkan konflik rumah tangga,” katanya

Hushim berkata, bagi menangani kes perceraian, pasangan suami isteri perlu lebih banyak bersabar, berfikiran positif, rasional dan bermuhasabah diri kerana setiap ujian yang diturunkan ALLAH SWT mempunyai hikmah.

Menurutnya, suami isteri juga perlu meningkatkan ilmu keibubapaan agar mereka tidak mudah mengambil keputusan untuk bercerai dan mengutamakan nasib anak-anak.

Berita berkaitan
Tiada KWSP bersasar, Wan Saiful bidas kerajaan angkuh tak dengar rintihan rakyat
October 24, 2023· Isu semasa
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023· Isu semasa
RM150 juta peruntukan baiki tandas awam, Bajet 2024 terbesar dalam sejarah
October 13, 2023· Isu semasa
MYAirline henti operasi serta-merta, berdepan tekanan kewangan
October 12, 2023· Isu semasa
Popular
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Derita kanser hati, bekas ketua perisik Hasanah meninggal dunia
May 5, 2023
Kes kalimah Allah untuk Sarawak sahaja, Anwar silap: Baru Bian
May 17, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
20 jam lalu · Isu semasa
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024 · Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024 · Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024 · Isu semasa
Gangguan bekalan air bermula esok di Pulau Pinang
January 9, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok