RM20.941 bilion sudah disalur kerajaan bagi Program Subsidi Upah

August 26, 2022 · Isu semasa

Kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM20.941 bilion kepada 357,948 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan setakat 5 Ogos, 2022.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata usaha yang bertujuan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja tempatan juga menyaksikan sebanyak 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat PSU di bawah pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), lapor Bernama.

“Permohonan subsidi upah yang diluluskan telah pun mencapai nilai RM12.958 bilion,” katanya dalam Laporan Kewangan Rakyat Ke-108 yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Tengku Zafrul, sejumlah RM1.408 bilion di bawah PSU 2.0 Pakej Kita PRIHATIN telah disalurkan kepada 81,165 majikan untuk terus beroperasi selain mengekalkan penggajian bagi 719,294 pekerja.

PSU 3.0 di bawah Belanjawan 2021 pula meliputi RM3.776 bilion yang disalurkan kepada 162,319 majikan untuk mengekalkan penggajian bagi 1.53 juta pekerja.

Beliau berkata, bagi tempoh sama, PSU 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang merangkumi RM2.579 bilion telah disalurkan kepada 164,004 majikan bagi mengekalkan penggajian untuk 1.92 juta pekerja.

“PSU 5.0 di bawah Bajet 2022 membabitkan RM219.653 juta telah disalurkan kepada 8,018 majikan dan mengekalkan penggajian bagi 123,759 pekerja,” katanya.

Setakat 12 Ogos lepas, program KPT-PACE di bawah PENJANA Bajet 2022 kendalian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menyalurkan baucar tunai bernilai RM21.902 juta kepada 6,799 penuntut tahun akhir dan graduan menerusi pensijilan profesional berasaskan kepakaran, kata beliau.

Menurutnya, bagi tempoh sama, program MySTEP yang menawarkan peluang pekerjaan secara kontrak pula berjaya menempatkan seramai 40,095 pekerja iaitu masing-masing 20,773 orang ditempatkan di sektor awam manakala 19,322 lain dalam sektor awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan rakan-rakan strategik.

Selain itu, Tengku Zafrul turut mempelawa rakyat Malaysia untuk turut mengemukakan cadangan bagi Bajet 2023.

“Sebagai pelengkap kepada Konsultasi Bajet pada 23 Ogos, 2022, Kementerian Kewangan telah melancarkan Portal Cadangan Bajet 2023 untuk meningkatkan keterbukaan pihak kerajaan menerusi penglibatan semua rakyat dalam proses penyediaan bajet tahunan yang lebih telus dan mencerminkan keperluan rakyat.

“Seluruh Keluarga Malaysia dijemput untuk mengemukakan cadangan dengan melayari laman web kementerian di pautan https://budget.mof.gov.my/bajet2023/,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Ditolak dalam PRN, Zafrul kata tidak tahu apa lagi jenis amaran perlu diberi
August 14, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kes rasuah: Wan Saiful hantar surat kepada SPRM
May 8, 2023
Masalah kewangan, tekanan ekonomi punca pasangan muda bercerai
July 25, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok