Ditolak dalam PRN, Zafrul kata tidak tahu apa lagi jenis amaran perlu diberi

August 14, 2023 · Politik

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tidak tahu apa lagi amaran yang perlu diberikan kepada UMNO untuk menyedarkan parti agar berubah selepas kekalahan demi kekalahan dalam pilihan raya.

Kenyataan terbaharu Bendahari UMNO Selangor yang tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini hadir selepas UMNO mengalami sekali lagi kekalahan memalukan di enam negeri dan tidak tahu apakah lagi amaran yang perlu diberikan kepada parti itu.

“Dari 12 kerusi yang ditandingi BN, yang menang hanyalah dua kerusi, termasuk satu yang asalnya ialah kerusi DAP.

“Malah, selain satu kes unik Sungai Air Tawar yang lebih mencerminkan kehebatan calon, PRN Selangor menyerlahkan seolah-olah semakin ramai pengundi Melayu di sesebuah kawasan, semakin susah UMNO hendak menang.

“Hakikat ini harus diamati terutamanya oleh pemimpin UMNO di Selangor. Jika keputusan PRN ini bukan amaran akhir kepada soal survival parti Melayu ini, saya tidak tahu apa lagi jenis amaran yang perlu diberi sebelum kita menyedari kita sudah ditolak,” katanya menerusi Facebook rasminya hari ini.

Zafrul berkata, selepaas 15 tahun, UMNO masih lagi ditolak, malah ramai ahli UMNO Selangor berkongsi kekecewaan dan kesedihan mereka dengan nasib parti itu di negeri ini.

“Dalam senario politik kini, strategi, ketrampilan dan daya tarikan parti, menjadi penentu kejayaan atau kegagalan.

“UMNO bukan milik kelompok mana-mana. UMNO ditubuhkan untuk menyatupadukan orang Melayu, atas sebab itu UMNO tidak boleh terlalu radikal.

“UMNO perlu meraikan pandangan dan pandangan ini perlu diurus dengan baik agar UMNO terus subur menjadi sebuah parti tempat orang Melayu berteduh,” katanya lagi.

Zafrul berkata, hari ini hala tuju dan ideologi UMNO Selangor perlu jelas dan diterima ahli akar umbi, bukan semata-mata dilihat hanya ingin mengejar tampuk kuasa tetapi dalam masa sama tidak dapat memberi keyakinan kepada ahli di bawah dan juga rakyat.

“Atas dasar itu, saya berharap kepimpinan parti perlu bangkit dan memperbetulkan keadaan parti yang bukan sekadar ingin mengejar kuasa jangka masa pendek tetapi usaha yang bersungguh untuk kembali diyakini rakyat dan juga akar umbi parti.

” Ini penting untuk masa hadapan dan survival parti terutamanya di Selangor. UMNO Selangor juga perlu kembali mengenal pasti segmen yang perlu mereka dekati untuk diberi keutamaan dalam perjuangan UMNO.

“Semua di dalam UMNO, termasuk saya perlu muhasabah diri dan membina semula kekuatan parti supaya kita dapat kembali berdiri gagah tanpa bergantung kepada mana-mana parti,” katanya.

Pada masa sama, beliau merakamkan jutaan tahniah kepada semua pengundi, petugas, jentera dan calon dalam proses demokrasi di enam negeri itu.

“Ternyata kematangan demokrasi di Malaysia kian subur dan suara rakyat kekal sebagai suara keramat menentukan hala tuju kepimpinan dalam negara dan di peringkat negeri.

“Sebagai seorang yang turun ke lapangan membantu calon BN dan Pakatan Harapan (PH) khususnya di Selangor, saya berterima kasih kepada pengundi kerana mengekalkan mandat parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan bagi menerajui Selangor untuk lima tahun lagi,” katanya.

Berita berkaitan
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
1 jam lalu· Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
4 jam lalu· Isu semasa
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
20 jam lalu· Isu semasa
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023· Politik
Popular
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
1 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
4 jam lalu · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
23 jam lalu · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
24 jam lalu · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
24 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
23 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok