Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan

September 20, 2023 · Isu semasa

Kumpulan perniagaan tempatan meramalkan ribuan peniaga makanan akan bakal gulung tikar ekoran kenaikan mendadak harga bahan mentah.

Kenaikan harga bahan mentah menjadi rungutan ramai pengguna seluruh negara sejak kerajaan campuran menjadi pemerintah, ia bagaimanapun sehingga sekarang tidak ditangani secara holistik dan diambil mudah dengan menterinya sibuk dengan urusan lain.

Peniaga mengeluh berhubung kenaikan harga bahan mentah kerana ia secara tidak langsung menyebabkan margin keuntungan semakin mengecil dan mengalami kerugian.

Di selatan tanahair, aktivis Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru, Mohammad Salezan Mohd Salleh, berkata kenaikan harga bahan mentah yang konsisten sejak berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, adalah antara faktor menyebabkan peniaga makanan terutama pengusaha kecil kian terhimpit, menurut laporan BH.

Katanya, kenaikan harga bahan mentah itu turut memaksa lebih 10,000 peniaga yang berdaftar sebagai ahli persatuan itu terpaksa menaikkan harga makanan dijual secara berperingkat sejak awal tahun ini.

Namun, beliau berkata, harga makanan yang dinaikkan itu menyebabkan kedatangan pelanggan turun sehingga 20 peratus sejak awal tahun lalu, sekali gus menjejaskan 80 peratus daripada jumlah ahlinya.

“Peniaga makanan kini semakin terhimpit berikutan kenaikan harga bahan mentah dan kekurangan pelanggan, sejak awal tahun lalu.

“Hasil aduan ahli sejak awal tahun lalu, mereka mendakwa kedatangan pelanggan menurun lebih 20 peratus sejak harga makanan dinaikkan secara berperingkat sekali gus menyebabkan margin keuntungan menyusut. Malah ramai peniaga merekodkan kerugian berikutan risau menaikkan harga makanan lebih tinggi susulan bimbang kehilangan lebih ramai pelanggan pada masa akan datang.

“Jika tahun lalu nasi ayam dijual pada harga antara RM7 hingga RM8 namun kenaikan harga bahan mentah menyebabkan peniaga terpaksa menaikkan harga makanan itu kepada RM10 ketika ini.

“Peniaga makanan terjejas kini semakin terhimpit dan jika mereka tidak mampu menangani kos operasi yang semakin tinggi terutama bahan mentah yang terus melonjak, sebahagian besar akan gulung tikar menjelang akhir tahun ini,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Mohammad Salezan berkata, pelbagai inisiatif diambil persatuan bagi membantu peniaga terhimpit termasuk mengadakan bengkel khas termasuk bersama pelbagai agensi kerajaan.

“Persatuan juga sudah memaklumkan isu ini kepada kerajaan negeri serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor bagi mencari penyelesaian bersama,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor, Hussien Ibrahim, berkata keputusan menaikkan harga makanan mamak di seluruh negara akan diputuskan dalam mesyuarat agung Persatuan Restoran Muslim Malaysia pada Khamis ini.

Katanya, mesyuarat agung berkenan akan diadakan di Kuala Lumpur dengan isu utama perbincangan adalah kenaikan harga bahan mentah di samping usul kenaikan harga makanan di kedai mamak seluruh negara.

“Buat masa ini sebanyak 300 restoran mamak di Johor belum menaikkan harga makanan kerana perkara ini akan dibahaskan pada mesyuarat agung Khamis ini.

“Apa pun keputusannya (mengenai kenaikan harga makanan) akan dimaklumkan selepas mesyuarat agung selesai,” katanya.

Dalam hal berkaitan, pengusaha restoran India Muslim atau mamak yang hanya mahu dikenali sebagai Sameer, berkata kenaikan harga makanan tidak dapat dielakkan lagi berikutan harga bahan mentah yang semakin tinggi dengan gula juga dijangka dinaikkan harga hujung bulan ini.

Katanya, beliau sudah mendapat notis awal daripada pembekal bahawa pek gula 50 kilogram (kg) dijangka meningkat sebanyak 20 peratus atau lebih pada hujung bulan ini.

“Kenaikan harga gula akan memberi kesan kepada harga jualan makanan dan minuman di kedai makan, restoran, kafe malah menjejaskan bakeri dan pengusaha roti serta kuih-muih.

“Buat masa ini, harga pek gula 50kg itu ialah antara RM160 hingga RM170, namun jika ia meningkat sebanyak 20 peratus, harga gula akan mencecah lebih RM200,” katanya.

Berita berkaitan
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
2 jam lalu· Isu semasa
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
5 jam lalu· Politik
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
6 jam lalu· Isu semasa
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023· Politik
Popular
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
September 26, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
2 jam lalu · Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
5 jam lalu · Isu semasa
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
5 jam lalu · Isu semasa
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
21 jam lalu · Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
24 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok