Projek tiga pulau: Kerajaan DAP degil, tak peduli nasib rakyat

June 9, 2021 · Isu semasa

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mempedulikan bantahan penduduk negeri itu sebaliknya akan meneruskan juga Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) yang sebelum ini dikenali sebagai Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR).

Selain penduduk tempatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan beberapa pemimpin politik sekutu DAP dalam Pakatan Harapan (PH) juga membantah projek tiga pulau itu.

Pendirian untuk meneruskan PSI itu dinyatakan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dalam kenyataan hari ini, sambil mendakwa akan memberi pertimbangan kepada memulihara alam sekitar dan penduduk kawasan terbabit.

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu mendakwa pembangunan PSI akan menggunakan teknologi dan kejuruteraan moden bagi memastikan alam sekitar terpulihara.

“Kerajaan negeri tidak perlu memilih antara PSI, isu alam sekitar dan kesejahteraan nelayan kerana kemajuan teknologi serta kejuruteraan membolehkan kita membangunkan PSI dan pada masa sama tetap memelihara alam sekitar dan masyarakat.

“Kami telah melakukan banyak langkah mitigasi, melaksanakan pelan sosio-ekonomi untuk nelayan dan memperkenalkan inisiatif hijau bagi pembangunan PSI,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan SAM membantah tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang kerana mengetepikan peraturan perundangan apabila meneruskan projek tambakan tiga pulau yang menjadi kontroversi.

Dalam kenyataan bersama kedua-dua NGO itu berkata proses undang-undang itu dibenarkan mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan akan didengar pertengahan bulan depan, sekali gus rayuan nelayan berkenaan membuka peluang Laporan Kualiti Alam Sekitar (EIA) dikaji semula.

Mereka mengatakan bahawa semua tuntutan berkaitan alam sekitar mengenai projek oleh kerajaan negeri kini dibawa untuk dibicarakan.

Bagaimanapun, tindakan kerajaan Pulau Pinang tidak mempedulikan, sebaliknya bersedia meneruskan projek berkenaan tanpa menunggu keputusan mahkamah, bertentangan dengan hasrat menghormati kedaulatan undang-undang, kata mereka.

PSI juga mendapat bantahan daripada Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwa; dan, Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Bagaimanapun, Chow yang juga Ahli Parlimen Tanjong, berkata rakyat harus mempertimbangkan banyak faedah sosioekonomi yang bakal diperoleh melalui PSI ke Pulau Pinang yang mempunyai nilai lebih besar daripada pulangan wang.

“Kita tidak pernah menafikan bahawa projek itu akan memberi kesan tetapi kami selalu berkongsi dengan masyarakat tentang rancangan untuk mengurangkan kesannya, mewujudkan habitat baharu untuk hidupan laut dan memberikan lebih banyak peluang pekerjaan serta perniagaan untuk nelayan dan penduduk setempat,” katanya.

Chow mendakwa kerajaan negeri yakin bahawa kita dapat mencapai semua perkara ini dan juga mematuhi sepenuhnya syarat kelulusan ketat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Di bawah projek PSI, kerajaan negeri merancang menambak kira-kira 1,821 hektar laut untuk membangunkan tiga pulau di selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke arah timur sekitar Permatang Damar Laut untuk membuat bank darat yang akan digunakan untuk membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pualau Pinang (PTMP).

Projek 3 pulau: DAP ketepi ‘rule of law’ jika ada kepentingan sendiri

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok