Projek 3 pulau: DAP ketepi ‘rule of law’ jika ada kepentingan sendiri

June 2, 2021 · Isu semasa

Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang kerana mengetepikan peraturan perundangan apabila meneruskan projek tambakan tiga pulau yang menjadi kontroversi.

Sebelum ini DAP dilihat antara yang menjadi ‘juara’ memainkan isu ‘rule of law’, tetapi dalam kes di Pulau Pinang mereka tidak mempedulikannya, sedangkan kumpulan nelayan di kawasan terbabit telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Jabatan Alam Sekitar kerana meluluskan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) projek itu.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) dalam kenyataan bersama hari ini berkata, proses undang-undang itu dibenarkan mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan akan didengar pertengahan bulan depan.

“Rayuan nelayan di situ akan membuka peluang supaya kelulusan diberikan terhadap EIA itu dikaji semula,” kata mereka.

Mereka mengatakan bahawa semua tuntutan berkaitan alam sekitar mengenai projek oleh kerajaan negeri kini dibawa untuk dibicarakan.

Bagaimanapun, kerajaan Pulau Pinang tidak mempedulikan, sebaliknya bersedia meneruskan projek berkenaan tanpa menunggu keputusan mahkamah, bertentangan dengan hasrat menghormati kedaulatan undang-undang, kata mereka.

Mereka berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) apabila meluluskan laporan EIA, mengakui bahawa akan berlaku kesan negatif kekal, terutama berkaitan sumber perikanan, nelayan dan keselamatan makanan negara.

Mereka juga membidas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari bahawa kajian bebas PricewaterhouseCoopers (PwC) menunjukkan projek itu akan menjana RM70 bilion menerusi pelaburan asing terus dan membuka 300,000 peluang pekerjaan.

Bagaimanapun Mohideen dan Meena berkata tiada cara untuk mengesahkan bila kajian bebas itu dilakukan, sama ada dilakukan sebelum atau selepas negara dan dunia terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Lebih-lebih lagi kajian PwC sebelum ini tidak pernah menyebut mengenai projek itu, tetapi muncul sekarang susulan penentangan oleh NGO dan pihak lain,” kata mereka.

Sebelum ini kerajaan DAP Pulau Pinang mengumumkan pembinaan pulau pertama bagi projek tambakan laut terbesar di negeri itu – Projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) – membabitkan tiga pulau buatan dekat Bayan Lepas dijangka bermula bulan ini.

Menerusi projek yang dirancang, Pulau A di perairan dekat Permatang Tepi Laut seluas 930 hektar dijangka disiapkan dalam tempoh kira-kira sembilan tahun.

Lokasi pertama yang akan ditambak untuk membentuk tanah bagi pulau pertama iaitu Pulau A terletak kira-kira 600 meter dari Pulau Rimau dan lokasi paling hujung bagi tapak pulau itu terletak lebih kurang 4.6 kilomet

Berita berkaitan
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023· Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023· Politik
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023· Isu semasa
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
4 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
4 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
23 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
23 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
7 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok