PR1MA, SCID guna teknologi IBS bina rumah mampu milik

March 31, 2022 · Isu semasa

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) bekerjasama dengan SANY Construction Industry Development (M) Sdn Bhd (SCID) untuk membina rumah mampu milik menggunakan teknologi sistem binaan berindustri (IBS) dalam perkongsian yang akan mewujudkan lebih 12,000 pekerjaan.

Dalam satu kenyataan bersama, PR1MA berkata perkongsian itu mempunyai potensi pelaburan sebanyak RM75 juta di mana SCID, anak syarikat SANY Group yang berpangkalan di China akan membina tiga kilang IBS di lokasi strategik.

“Penggunaan teknologi IBS akan menyumbang kepada pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara dengan nilai pembangunan bernilai RM5 bilion,” kata kenyataan itu.

Memetik Bernama, teknologi IBS ialah cara pembinaan moden dan boleh membantu meningkatkan produktiviti dengan mengurangkan masa pembinaan, katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa lawatannya ke Dubai telah menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara PR1MA dan SCIB di Pavilion Malaysia, Ekspo Dubai 2020.

PR1MA dan SCID akan bekerjasama untuk mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan membangunkan inisiatif Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di cawangan SCID di Malaysia dan luar negara.

Pengerusi PR1MA Datuk Fathul Bari Mat Jahya berkata kerjasama itu penting bagi mencapai hasrat kerajaan membantu keluarga Malaysia berpendapatan sederhana (M40) memiliki rumah pertama mereka.

Ia juga selaras dengan aspirasi kerajaan iaitu “Satu Keluarga, Satu Rumah” dan aspirasi Keluarga Malaysia yang dicetus oleh perdana menteri.

PR1MA, sebuah agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dipertanggungjawabkan untuk membina rumah mampu milik dan meningkatkan pemilikan rumah sejajar dengan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Berita berkaitan
Isu rumah pajak di Kajang, Chegu Bard buat laporan polis kali kedua dan serah bukti
July 16, 2023· Politik
Banglo saya bina tidak ada unsur rasuah, kata bekas MB Terengganu UMNO
July 16, 2023· Politik
Dimana salahnya saya soal PMX duduk rumah tauke Cina? kata Chegu Bard
July 13, 2023· Politik
Rumah lelong naik 20% : laporan
July 11, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok