Dimana salahnya saya soal PMX duduk rumah tauke Cina? kata Chegu Bard

July 13, 2023 · Politik

Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin mempertahankan laporan dibuatnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu aset dimilikinya yang mencurigakan.

Badrul Hisham atau dikenali Chegu Bard itu berkata apakah kesalahan dilakukannya apabila mempersoalkan rumah diduduki PMX sehingga laporan polis oleh setiausaha politik Anwar, Farhan Fauzi terhadap dirinya hari ini.

“Saya bangkitkan persoalan mengenai persoalan integriti dan keselamatan bila seorang PM duduk rumah atas nama tauke dan dua individu lagi meminta Anwar memberikan jawapan.

“Adakah bila Anwar jadi PM sudah tidak boleh rakyat tanya ? Angkuh betul! Mereka kata saya fitnah soalan pertama betul atau tidak Anwar ada rumah sendiri sebaliknya pilih duduk rumah tauke cina? Tidak duduk rumah rasmi tersedia sebaliknya duduk rumah tauke cina ?

“Jadi di mana salah soalan saya? Nak pakai polis diamkan saya, silakan,” katanya dalam satu kenyataan di hantaran Facebook hari ini.

Jelasnya lagi, rakyat dalam menilai perwatakan Anwar sebelum dan selepas menjadi Perdana Menteri sekarang apabila banyak isu berhubung hartanya boleh dipersoalkan.

“Tapi rakyat melihat wajah Anwar yang sejak sebelum Pilihanraya hingga jadi PM hidup mewah dan penuh misteri… rumah pajak.. kereta sedekah.

“Keduanya, kereta mewah BMW yang dia naiki, salah satu milik ahli korporat yang terkait lantikan GLC dan jalankan projek di Selangor? Pun dia ambil mudah dia jawab “orang pinjamkan”.

“Kereta mewah Jaguar yang dia guna atas nama Yayasan Aman dia nak cakap apa pula ? Dia kata tidak dibeli guna duit Yayasan, orang ‘sedekah’ kereta mewah ke Yayasan untuk bantu orang miskin?” ujarnya lagi.

Terdahulu, peguam Anwar, SN Sankara Nair memberitahu rumah didiami Anwar di Kajang ketika ini dipajak selama 10 tahun.

Sankara Nair berkata rumah itu mempunyai perjanjian pajakan pajakan selama 10 tahun untuk mendiami rumah terbabit dan ditandatangani pada 2020.

“Harta yang dia diami sekarang adalah dalam pajakan. Ada perjanjian pajakan selama 10 tahun,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Terdahulu Sankara Nair menemani Farhan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan dibuat Badrul Hisham dan dua yang lain berhubung kediaman di di Sungai Long itu.

Sankara Nair berkata dia memiliki dokumen yang berkaitan bagi membuktikan kediaman tersebut dipajak.

Farhan berkata dia telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Turut dirujuk kepada pihak berkuasa, katanya, ialah bekas ketua penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan dan penulis blog Raggie Jessy Rithaudeen, berhubung kenyataan mereka yang didakwa mencemarkan nama baik Anwar.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Jika PM bentang bajet gula-gula, PH beri amaran akan tolak
October 4, 2022
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
DAP perguna Melayu untuk tembusi negeri dikuasai Melayu: MB Kedah
November 3, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok