Isu rumah pajak di Kajang, Chegu Bard buat laporan polis kali kedua dan serah bukti

July 16, 2023 · Politik

Badrul Hisham Shaharin sekali lagi membuat laporan polis berhubung kediaman banglo Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan dipajak oleh seorang individu kepadanya selama untuk beberapa tahun.

Aktivis politik yang juga dikenali sebagai Chegu Bard membuat laporan kedua hari ini dengan memberi butiran tambahan kepada polis berhubung dakwaannya termasuk klip video ucapan Perdana Menteri (PMX) awal tahun ini dan membidas setiausaha politik, Ahmad Farhan Fauzi yang cuba menekannya dengan menggunakan pihak berkuasa.

“Saya juga percaya bahawa perbuatan PM dan Farhan menggunakan polis dan membuat laporan palsu untuk menakut-nakutkan dan mendiamkan mulut saya adalah bercanggah dengan undang-undang, kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan bercanggah dengan amalan demokrasi,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur menurut laporan MalaysiaNow.

Badrul menyenaraikan lebih sepuluh kesalahan yang dilakukan Anwar dan patut disiasat, termasuk mengikut Kanun Keseksaan, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Akta Akuan Berkanun, Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Akta Hasil Daripada Aktiviti Haram, serta Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh kebebasan bersuara.

Beliau berkata Anwar mempunyai sejarah salah guna kuasa ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1990-an, merujuk kepada pemenjaraannya bagi kesalahan itu setahun selepas dipecat pada 1998.

“Laporan ini juga dibuat kerana laporan polis dan kenyataan serta laporan media PMO merupakan satu fitnah kerana menuduh saya fitnah Anwar Ibrahim,” kata Badrul merujuk laporan polis yang dibuat Farhan.

Farhan menggesa polis menyiasat Badrul dan dua yang lain kerana memfitnah Anwar berikutan laporan oleh Badrul Hisham pada 11 Julai mendesak SPRM menjalankan siasatan mengenai sebuah banglo di Kajang dan beberapa kereta mewah yang digunakan perdana menteri itu.

Peguam Anwar, Sankara Nair dalam pada itu menafikan banglo itu dibeli Anwar, sebaliknya mendakwa ia dipajak pada 2020 daripada seorang ahli perniagaan untuk tempoh 10 tahun.

Bagaimanapun, Badrul berkata adalah jarang kediaman persendirian dipajak, sambil menambah bahawa amalan sedemikian biasanya melibatkan hartanah komersial seperti ladang, kedai dan kilang.

Beliau turut memberikan petikan klip video yang menunjukkan Anwar menyentuh perihal penjualan rumahnya di Bukit Segambut.

“Anwar pernah melafazkan ucapan di mana dia jual rumah Segambut dan selesaikan rumah Sg Long sebelum ini. Dan tiba-tiba hari ini menjadi pajakan.”

Ucapan itu merujuk kepada pengumuman Anwar mengenai sumbangan peribadi yang diumumkannya dalam satu majlis pada 19 April tahun ini.

“Saya secara peribadi, setelah selesai jual rumah di Segambut… saya jual tanah rumah Segambut dan settle (selesaikan) rumah di Sungai Long, dan ada lebihan setengah juta, saya maklum pada Azizah dan anak-anak, dan Insya-Allah saya beri setengah juta itu (secara) peribadi kepada ni…dah berapa dah? RM3.5 (juta), cukup untuk memulakan projek.”

Badrul berkata pengisytiharan aset Anwar menjelang pilihan raya umum tahun lepas juga mesti disiasat.

Beliau mempersoalkan dakwaan Anwar bahawa beliau membeli sebidang tanah di Port Dickson pada harga RM1 juta pada 2022 daripada hasil penjualan rumahnya di Bukit Damansara pada 2004.

Badrul kemudian berkata isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan sebagai berkata mereka terpaksa menjual rumah mereka di Bukit Segambut untuk mengumpul dana bagi membayar deposit calon PKR pada Pilihan Raya Umum 2018.

Berita berkaitan
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
52 minit lalu· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Kempen ‘Jangan Undi Zahid’ dilancar, kumpulan dakwa Zahid punca negara tak stabil
November 14, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok