Banglo saya bina tidak ada unsur rasuah, kata bekas MB Terengganu UMNO

July 16, 2023 · Politik

Datuk Seri Dr Ahmad Said menjelaskan banglo di Kijal, Kemaman yang dibinanya tidak ada unsur rasuah.

Bekas Menteri Besar Terengganu daripada UMNO itu berkata pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menyiasatnya berhubung isu banglo mewah miliknya itu.

Saya akan memberi kerjasama penuh termasuk membuktikan bahawa pembinaan kediaman itu tiada kaitan dengan unsur rasuah.

“Saya membina banglo di atas tanah milik arwah bapa dan pembinaan kediaman yang dianggap mewah itu dilakukan secara berperingkat berdasarkan kemampuan kewangan yang ada,” katanya dipetik laporan BH.

Ahmad terdahulu menghadiri Taklimat Gerak Kerja Pilihan Raya Negeri (PRN) di Dewan Datuk Abu Bakar Daud semalam.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri menjelaskan mengenai gambar banglo miliknya yang tular di media sosial, sejak Ahad lalu.

Gambar banglo mewah Ahmad itu ditularkan dengan dakwaan kononnya kediaman itu dibina menggunakan hasil rasuah ketika menjadi Menteri Besar pada 2008.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, kediaman itu mula dibina sebelum Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU-10) pada 1999.

Katanya, projek pembinaan banglonya mengambil masa lebih sembilan tahun dan dibina secara berperingkat mengikut jumlah wang yang ada.

“Kita tidak menggunakan syarikat kontraktor gergasi untuk pembinaan kediaman itu, sebaliknya pembinaan dilakukan kontraktor kecil.

“Kita juga membeli sendiri perkakas dan peralatan daripada Thailand kerana harganya lebih murah jika dibandingkan di negeri ini,” katanya yang mengakui kayu dan papan dibeli daripada beberapa anak syarikat kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, kayu serta papan dibeli secara ansuran dengan kaedah pemotongan elaun ketika dilantik sebagai pengerusi syarikat pembalakan.

Beliau berkata projek pembinaan kediaman itu menggunakan simpanan gaji dan elaun sepanjang memegang jawatan sebagai EXCO kerajaan negeri selama empat penggal dan Menteri Besar bermula 2008 hingga 2014.

Katanya, tuduhan dilemparkan beberapa pemimpin politik dengan menghantar individu untuk merakamkan gambar kediamannya disifatkan berniat jahat bertujuan menutup isu seorang pemimpin PAS yang dikaitkan dengan banglo mewah di Kedah.

“Saya bersedia disiasat SPRM… saya minta pemimpin PAS dan beberapa individu yang dihantar untuk merakamkan gambar kediaman supaya melaporkan kepada pihak penguat kuasa,” katanya.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Nazri bidas Zahid jangan memandai-mandai buat keputusan bersendirian
June 21, 2021
Jika PM bentang bajet gula-gula, PH beri amaran akan tolak
October 4, 2022
DAP perguna Melayu untuk tembusi negeri dikuasai Melayu: MB Kedah
November 3, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok