Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam

December 13, 2023 · Politik

Tan Sri Lim Kiat Siang direkod keterangan hari ini oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berhubung kenyataan bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri (PM).

Veteran DAP itu diambil keterangan di Balai Polis Sea Park, SS 2 dengan ditemani peguamnya, Khairil Khalid bersama dua anaknya, Lim Guan Eng dan Lim Hui Ying.

Peguamnya, Khairil berkata terdapat laporan polis dibuat terhadap Kit Siang oleh seorang orang awam, namun tidak mendedahkan lokasi dan tarikh laporan berkenaan dibuat.

Susulan laporan polis itu, katanya, Kit Siang disiasat dan diminta hadir memberi keterangan kepada polis hari ini untuk membantu siasatan dengan menjawab keseluruhan 27 soalan yang dikemukakan pasukan siasatan.

“Semua berjalan dengan lancar, prosedur biasa (rekod keterangan) memandangkan ada satu laporan polis berkenaan hantaran di Facebook dan blog oleh Tan Sri (Kit Siang). Siasatan belum dipastikan lagi mengikut akta apa, tetapi prosiding hari ini dibuat mengikut Kertas Enkuiri Polis (KEP).

“Selepas selesai rekod keterangan dan jika polis kesan ada kesalahan, baharulah polis akan tentukan tindakan lanjut,” katanya dipetik laporan BH.

Selain Khairil, Kit Siang turut ditemani seorang lagi peguam, Athari Bahardin sepanjang proses rekod keterangan yang berlangsung kira-kira satu jam.

Beberapa pemimpin parti itu turut dilihat hadir bersama Kit Siang, antaranya Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M Kulasegaran, bekas Menteri Sumber Manusia yang semalam dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) serta Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng.

Kit Siang mencetuskan kontroversi melalui kenyataan dikeluarkan di Manchester, United Kingdom pada 29 November lalu, menyebut ‘tiada sekatan dalam Perlembagaan untuk bukan Melayu menjadi Perdana Menteri’.

Kenyataan berkaitan ‘Impian Malaysia’ oleh Kit Siang itu dibuat ketika beliau berucap di hadapan kumpulan pelajar Malaysia di sana.

Bekas Pengerusi DAP itu antara lain mengatakan Perlembagaan Malaysia pada 1957 mahupun selepas dipinda pada 1963 ketika Malaysia dibentuk, bersama-sama dengan Rukun Negara dan Wawasan 2020 berserta sembilan cabaran strategiknya, menjanjikan ‘Impian Malaysia’.

Impian berkenaan, katanya, meraikan kepelbagaian etnik, agama dan budaya, bukannya membawa satu impian untuk mana-mana satu etnik sahaja.

Menjelaskan kontroversi itu kemudian, Kit Siang berkata, ucapannya ketika itu sekadar menjelaskan bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan, mana-mana individu layak menjadi perdana menteri tanpa mengira kaum.

“Walaupun bukan Melayu layak menjadi perdana menteri, saya katakan yang ia tak mungkin berlaku dalam tempoh 100 tahun. Namun, saya berharap ia tidak mengambil masa sehingga 230 tahun seperti Barrack Obama untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat,” kata Kit Siang.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Guan Eng batal peruntukan UTAR, tapi Perikatan Nasional beri balik
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
4 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
22 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok