Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap

September 22, 2023 · Isu semasa

Polis Perak merampas dadah jenis ketamin dan methamphetamine bernilai RM1,561,040 dalam dua serbuan di kawasan Gunung Rapat, pada Rabu (20 Sept).

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata sehubungan itu juga lima suspek berusia lingkungan 20 hingga 27 tahun ditahan dalam serbuan berasingan yang dilakukan di Kampung Gunung Rapat dan Kampung Rapat, lapor Bernama.

“Serbuan pertama dilakukan dalam sebuah kereta di tepi Jalan Gopeng (Kampung Gunung Rapat) apabila pihak polis menahan tiga lelaki dan menemukan dadah jenis ketamin anggaran berat 26.2 kilogram (kg), cecair disyaki dadah ketamin anggaran berat 3.4kg serta methamphetamine anggaran 1.8kg.

“Susulan daripada serbuan itu juga polis menahan dua lagi lelaki di sebuah rumah di Kampung Rapat yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis ketamin tersebut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.

Mohd Yusri berkata hasil ujian saringan awal mendapati empat suspek positif dadah jenis THC manakala seorang lagi suspek didapati negatif daripada sebarang jenis dadah.

“Hasil semakan juga mendapati empat daripada suspek mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau serta dadah manakala seorang lagi suspek tidak mempunyai sebarang rekod,” katanya.

Mohd Yusri berkata kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kelima-lima suspek direman selama tujuh hari mulai 21 hingga 27 Sept ini bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, katanya polis turut menyita sebuah kereta dan dua motosikal serta wang tunai dengan anggaran jumlah keseluruhan bernilai RM30,380 selain kes akan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucutan Harta) 1988.

Katanya kejayaan rampasan tersebut adalah hasil kerjasama yang berterusan antara masyarakat dan pihak polis dalam memastikan gejala itu dapat dibanteras.

Berita berkaitan
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun, Kelantan kekal
November 23, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Perak masih meningkat, Selangor sedikit berkurangan
November 10, 2023· Isu semasa
Popular
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
6 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
6 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
6 jam lalu · Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
8 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok