Polis dapatkan bantuan Interpol kesan lokasi pelawak perlekeh negara

June 13, 2023 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mendapatkan identiti penuh dan lokasi terkini pelawak Jocelyn Chia yang memperlekeh Malaysia serta mempersenda tragedi kehilangan pesawat MH370.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata permohonan berkenaan akan dibuat esok esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan, menurut laporan Bernama.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 504/505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media program Lawatan Hospital Sempena Peringatan Hari Polis ke-216 Tahun 2023 di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM, Cheras, hari ini.

Acryl Sani berkata PDRM juga telah membuat permohonan profiling kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membantu proses siasatan ke atas akaun media sosial digunakan pelawak wanita berkenaan.

“Selain itu, PDRM juga telah membuat salinan transkrip ucapan suspek dalam video klip berkenaan,” katanya.

Sabtu lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan tindakan dan perbuatan tidak sensitif pelawak terbabit sebagai biadab.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Kerajaan perlu masa selesai kes pencen hakim menerusi proses mediasi
March 21, 2022
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Penduduk flat di Kampung Baru tak diusir semasa Ramadan: Shahidan
April 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok