Pindaan akta jadikan menghendap sebagai jenayah dibentang di Dewan Rakyat

August 4, 2022 · Isu semasa

Kepada penghendap, anda perlu berhati-hati selepas ini kerana pindaan Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi memasukkan perbuatan menghendap sebagai satu jenayah dibentang untuk kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 itu bertujuan memasukkan seksyen baharu 507a ke dalam Akta 574 untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan menghendap, lapor Bernama.

“Sesiapa yang berulang kali dengan apa-apa tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan, atau mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan, merisaukan, menakutkan atau mencemaskan akan keselamatan orang itu, melakukan kesalahan menghendap,” menurut naskah biru yang diedarkan di Parlimen.

Rang undang-undang itu juga menyatakan sesiapa yang melakukan kesalahan menghendap hendaklah dihukum penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Sehubungan itu, rang undang-undang yang bertujuan meminda Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) turut dibentang.

Menurut Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2022 itu antaranya, memasukkan bab baharu Xa ke dalam Akta 593 untuk memberi mahkamah kuasa, atas permohonan, untuk mengeluarkan suatu perintah perlindungan terhadap seseorang yang sedang disiasat bagi atau dipertuduh dengan kesalahan menghendap di bawah seksyen baharu 507a Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mas Ermieyati Samsuddin ketika membentangkan rang undang-undang berkenaan berkata bacaan kali kedua, kedua-dua rang undang-undang tersebut akan dibentang pada persidangan akan datang.

Sebelum ini terdapat cadangan kerajaan untuk menjadikan perbuatan menghendap sebagai satu jenayah.

Usaha itu telah dimulakan dengan penubuhan Jawatankuasa Anti-Stalking sejak 2019.

Berita berkaitan
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023· Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023· Politik
Pengguna beralih daripada beli beras import ke beras tempatan, kata Mat Sabu
September 19, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Mat Sabu cadang premis kerajaan guna beras import bersubsidi
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
3 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
5 minit lalu · Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
20 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
20 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
23 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok