Pemberian vaksin lepasi 12 juta, tertinggi direkod semalam dengan 424,541 dos

July 14, 2021 · Isu semasa

Jumlah pemberian vaksin di seluruh negara kini melepasi angka 12 juta apabila sehingga semalam sebanyak 12,212,730 suntikan dos pertama dan kedua sudah diberikan.

Semalam sahaja, negara sekali lagi merekodkan jumlah pemberian vaksin tertinggi setakat ini dengan pemberian sebanyak 424,541 dos pertama dan kedua.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam laman Twitternya berkata secara keseluruhan seramai 8,364,354 individu telah menerima suntikan dos pertama manakala 3,848,376 orang dos kedua.

Katanya daripada jumlah itu negeri-negeri di Lembah Klang membabitkan Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan pemberian dos tertinggi iaitu sebanyak 4,182,782 suntikan.

“Di Lembah Klang sahaja seramai 3,198,151 individu menerima dos pertama dan 984,631 lagi melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 masing-masing,” katanya.

Katanya, Sarawak turut merekodkan pemberian dos tertinggi iaitu 1,437,565 bagi dos pertama dan 661,799 dos kedua, diikuti Johor dengan 585,977 (dos pertama) dan 353,896 (dos kedua).

Lima negeri mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam membabitkan Selangor sebanyak 98,340 penerima dengan 72,644 dos pertama dan 25,696 dos kedua, diikuti Sarawak dengan 76,983 dos, Kuala Lumpur (70,951 dos), Negeri Sembilan (23,670) dan Johor (23,026).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata rekod tertinggi harian pemberian vaksin adalah berita terbaik untuk negara dalam usaha mencapai tahap imuniti kelompok sebelum akhir tahun ini.

“Ini berita baik kerana ia (kadar vaksinasi harian itu) antara tertinggi di dunia dan kalau kita ikut fasa vaksinasi, saya jangka kita boleh capai untuk hampir semua yang perlu divaksinasi selesai sebelum akhir tahun ini dan nampaknya proses ini berjalan lancar,” kata Perdana Menteri.

Sehubungan itu beliau mengarahkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin untuk membeli mana-mana vaksin yang sedia ada.

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
KKM beri peringatan jangan sertai perhimpunan haram
April 2, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok