Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah

June 27, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini, memerintahkan Dr Mohamad Khir Toyo dan Zaharah Kechik untuk melantik Hakam Islah bagi kes permohonan perceraian oleh isteri bekas Menteri Besar Selangor itu.

Hakim Syarie Mohd Nizar Mohtar membuat keputusan itu selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) didapati gagal mengislahkan perkahwinan pasangan berkenaan.

“Plaintif (Zaharah) masih tekad untuk berpisah, manakala defendan (Dr Mohamad Khir) mahu membincangkan hal (permohonan perceraian) itu.

“Berikutan itu, kedua-dua pihak perlu melantik Hakam Islah, dan sebutan semula kes ditetapkan pada 14 Julai depan,” katanya seperti dilaporkan BH.

Hakam Islam adalah seorang ahli keluarga lelaki beragama Islam yang akan bertindak untuk menyelesaikan masalah suami isteri dan mencuba sedaya usaha mereka mendamaikan pertelingkahan yang berlaku. Hakam peringkat pertama ini juga akan berusaha untuk mendapatkan kuasa prinsiple dari suami dan isteri ini untuk menyerahkan kuasa talaq.

Terdahulu, Dr Mohamad Khir dan Zaharah yang kedua-duanya berusia 57 tahun, hadir di mahkamah bersama peguam pada jam 9 pagi.

Sementara itu peguam mewakili Zaharah, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata, anak guamnya memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen 2 Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 pada 24 Februari lalu.

“Selepas mendengar laporan JKP, mahkamah hari ini mendapati berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga kedua-dua pihak.

“Oleh itu, anak guam saya dan defendan perlu melantik Hakam Islah, iaitu wakil lelaki untuk berbincang sebelum menyerahkan laporan kepada mahkamah,” katanya.

Peguam mewakili Dr Mohamad Khir, Siti Elly Jasmin Aminuddin pula memaklumkan pihaknya akan menamakan hakam pada tarikh ditetapkan itu.

“Satu perbincangan akan turut dilakukan antara Hakam-hakam Islah pada hari berkenaan.

“Sepanjang prosiding kes ini, kita akan melihat isu shiqaq itu sebenarnya berpunca daripada siapa,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mohamad Khir mendakwa dirinya sudah memenuhi tanggungjawab sebagai suami sejak 30 tahun lalu, dan beliau hingga kini tidak mempunyai sebab untuk menceraikan Zaharah.

“Beliau meminta cerai. Justeru, saya menyerahkan perkara itu kepada mahkamah untuk ditentukan,” katanya kepada pemberita selepas prosiding.

Berita berkaitan
Bicara kes pelakon Hafidz Roshidi cedera bekas isteri ditetapkan 6 Feb
October 4, 2023· Isu semasa
Rayuan wanita cabar keputusan murtad Mahkamah Syariah ditolak
August 28, 2023· Isu semasa
Pelakon filem Anwar sah bercerai dengan Diana, secara online
August 10, 2023· Isu semasa
Keputusan kes cerai pelakon filem Anwar dan Diana diketahui Khamis ini
August 8, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok