Baik buruk media sosial

March 26, 2022 · Isu semasa

Dalam meniti arus pemodenan yang mencabar akal dan minda, kita sering kali dikaitkan dengan penggunaan media sosial yang kian meluas di segenap empat penjuru dunia yang juga menular dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Rangkaian platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, TikTok, WeChat, Skype, Viber dan WhatsApps adalah antara contoh medium penting yang terdapat dalam aplikasi media sosial. Media sosial ini menjadi wahana bagi setiap lapisan masyarakat dunia untuk kekal berhubung dengan kenalan, sahabat handai dan keluarga yang berjauhan.

Media sosial mempunyai sejarah kemunculannya yang tersendiri. Pada 1978, munculnya ‘papan buletin’ ia berfungsi untuk memuat turun maklumat dan komunikasi melalui surat elektronik ‘e-mel’. Selepas itu, media sosial mula berkembang dengan kemunculan media sosial yang dinamakan Blogger.

Ia dilancarkan pada tahun 1999 oleh Pyra Labs. Fungsi media sosial ini adalah untuk penerbitan blog. Pada tahun 2002, muncul dua lagi media sosial baru iaitu Friendster dan Linkedln. Friendster berfungsi sebagai tempat komunikasi antara orang di seluruh dunia pada waktu itu. Manakala Linkedln, merupakan medium perniagaan oleh golongan profesional.

Sebenarnya, pada awal kewujudan media, ia hanyalah menjadi alat perhubungan seperti televisyen, radio dan surat khabar. Media pada waktu ini tidak dapat menjadi alat komunikasi dan menyukarkan pengguna untuk menyuarakan pendapat.

Oleh itu, elemen sosial telah dibawa masuk ke dalam media. Tambahan pula, ia dapat membuat media sebagai alat komunikasi antara seluruh rakyat di dunia. Media sosial ini berkembang dengan amat pesat sekali di serata dunia sehingga boleh dianggap alat komunikasi yang penting pada dunia hari ini. Buktinya, kita dapat lihat telah wujud pebagai aplikasi sosial media yang digunakan seperti Facebook, Twitter, WhatsApp dan TikTok.

Di Malaysia, data terkini menunjukkan bahawa negara ini menduduki kelompok kelima tertinggi di dunia dan tempat teratas di Asia Tenggara dalam penembusan media sosial mudah alih. Menurut Hootsuite and We Are Social dalam laporan terkini Digital 2019, penembusan internet di Malaysia kini pada tahap 80 peratus. Pengguna internet meluangkan purata lapan jam lima minit sehari secara dalam talian.

Laporan juga mendapati selama dua jam 59 minit digunakan oleh rakyat Malaysia untuk melayari media sosial. Malahan Malaysia menduduki tempat keempat dunia dalam penembusan sosial mudah alih. Malaysia juga mempelopori negara di Asia Tenggara, termasuk Singapura, di tangga keenam, diikuti Thailand (lapan) dan Filipina (10). Internet telah mengubah cara rakyat Malaysia membeli-belah dan berurusan dalam dunia perniagaan. Malaysia menawarkan peluang perniagaan yang unik, dengan 75 peratus pengguna internet membelanjakan wang mereka untuk e-dagang, manakala 58 peratus membelanjakan wang untuk platform dagang mudah alih.

Selain itu, sosial media juga mempunyai pelbagai kategorinya tersendiri seperti media sosial sebagai forum perbincangan, medium streamer, mengadakan video secara langsung, tempat berniaga dan sebagainya.

Pada era moden ini, penggunaan media sosial adalah penting untuk kehidupan setiap orang. Ini kerana media sosial bukan sahaja alat perhubungan tetapi ia juga digunakan amat meluas dalam bidang perniagaan, keagamaan, politik, perubatan dan sebagainya. Dengan penggunaannya yang mudah diakses, media sosial juga dapat memberikan kesan yang buruk terhadap gaya hidup masyarakat di Malaysia.

Kesan buruk yang paling ketara daripada media sosial adalah pembaziran masa. Hal ini berlaku kerana media sosial merupakan medium yang sangat mudah untuk masyarakat kita menghabiskan masa di situ asalkan mempunyai rangkaian Internet untuk melayari media sosial. Ini memberi kesan juga terhadap para pelajar yang masih bersekolah.

Mengikut kajian, pelajar zaman sekarang suka menghabiskan terlalu banyak masa di media sosial ini mengundangkan kerisauan terhadap ibu bapa kerana anaknya lebih suka menghabiskan masa di media sosial berbanding meluangkan masa untuk belajar.

Konsentrasi pelajar akan terganggu apabila menggunakan sosial media. Hal ini disebabkan pelajar menggunakan sosial media sebagai tempat hiburan dan juga tempat menghilang stress terhadap pelajaran. Hal ini juga dapat menyebabkan kemerosotan prestasi pelajaran seseorang pelajar itu. Kemungkinan selepas mereka dapat menghilangkan stress, mereka dapat fokus semula dapat pelajaran mereka.

Kesan penggunaan laman sosial yang seterusnya ialah tersebarnya pengaruh atau unsur pornografi daripada Barat ke dalam kehidupan masyarakat. Unsur pornografi mudah didapati di laman sesawang internet. Unsur pornografi seperti bahan bacaan, gambar, dan video mudah diakses dan disebarkan oleh pengguna laman sosial tersebut.

Penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kedaulatan bahasa Melayu akan tercemar ekoran daripada kemunculan bahasa slanga atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak. Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat amat membimbangkan cendekiawan bahasa di Malaysia kerana penggunaannya semakin meluas.

Kesimpulannya, penggunaan laman sosial melalui Internet memberikan kesan terhadap corak kehidupan masyarakat di Malaysia.

Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk mengelakkan kesan buruk akibat penggunaannya kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

Selain itu, masyarakat perlu mempunyai disiplin dan ketahanan diri bagi mengubah corak hidup dengan menggunakan laman sosial itu untuk kegunaan yang baik dan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bagi meningkatkan kecekapan minda masyarakat supaya menjadi minda kelas pertama. Masyarakat juga perlu memastikan penggunaan teknologi ini dapat diseimbangkan tanpa berlaku pengeksploitasian dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.

Berita berkaitan
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Polis tahan lelaki buat ugutan terhadap Menteri Pendidikan
November 4, 2023· Politik
Dua lelaki ditahan berhubung kenyataan kritik PM dalam media sosial
October 28, 2023· Isu semasa
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023· Isu semasa
Popular
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
5,753 orang pengundi meninggal dunia masih belum dipotong nama
September 29, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok