Keputusan kes cerai pelakon filem Anwar dan Diana diketahui Khamis ini

August 8, 2023 · Isu semasa

Mahkamah dijangka membuat keputusan melibatkan kes permohonan cerai antara selebriti Diana Danielle, 32, dengan Farid Kamil, 42, pada Khamis ini.

Pelakon filem Anwar The Untold Story itu berdepan kemelut rumah tangga selepas isterinya Diana membuat permohonan cerai sebelum ini.

Peguam mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader, kedua-dua pihak telah berbincang secara baik dan mencapai kata sepakat berhubung kes tuntutan hadanah interim, nusyuz dan perceraian dengan keputusan dijangka diketahui pada hari tersebut.

“Keputusan bagi permohonan kes hadanah interim inter-parte (hak penjagaan anak sementara) telah dicapai namun hanya akan diketahui Khamis ini.

“Kedua-dua pihak juga telah berbincang berkenaan tuntutan cerai yang juga bakal diketahui pada lusa.

“Satu perjanjian penyelesaian sudah disediakan dan kedua-dua pihak telah memasukkan semua terma untuk selesaikan kes ini secara menyeluruh,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Prosiding melibatkan kedua-dua selebriti itu bersambung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini.

Akberdin dan Diana hadir bagi mendengar sebutan kes tuntutan hadanah interim yang berlangsung di mahkamah itu pagi tadi.

Farid bagaimanapun tidak menghadirkan diri atas faktor kesihatan.

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti tersebut tercetus selepas Diana memfailkan permohonan cerai pada 10 Mac lalu.

Dalam pada itu, Akberdin memaklumkan kedua-dua pihak perlu hadir semula ke mahkamah pada 21 Ogos depan untuk merekodkan terma-terma persetujuan yang dicapai kedua-dua pihak.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Farid, Fakhrul Azman Abu Hassan mengesahkan hak penjagaan interim kedua-dua anak pasangan itu, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, masih dimiliki Diana.

“Insya-Allah kami cuba selesaikan semua tuntutan sekali gus supaya tidak perlu melakukannya berulang kali.

“Kedua-dua pihak telah capai kata sepakat berhubung isu penjagaan anak cuma kandungannya tidak boleh dikongsi selagi keputusan akhir belum ditetapkan.

“Buat masa ini, perintah hadanah interim yang ditetapkan mahkamah sebelum ini masih diteruskan iaitu berpihak kepada Diana,” jelasnya.

Berita berkaitan
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023· Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023· Politik
Popular
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
18 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
18 jam lalu · Isu semasa
Isu bekalan beras, Mat Sabu kata sudah bertemu wakil PM India
September 29, 2023 · Isu semasa
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu cadang premis kerajaan guna beras import bersubsidi
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
1 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok