Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM

June 12, 2023 · Isu semasa

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikritik bekas menteri hari ini selepas mendakwa perolehan vaksin Covid-19 dibuat tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Bekas menteri pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata melalui usul Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin Covid-19 dibuat Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni di Dewan Rakyat jelas menunjukkan perolehan vaksin itu telah dibawa kepada AGC sebelum ditandatangani.

“Apabila disebut oleh perdana menteri saya kongsikan di sini, ‘Anwar dedah perolehan vaksin tanpa persetujuan Peguam Negara’. Ini disebut oleh perdana menteri 8 Februari 2023.

“Dan kita lihat dalam usul yang dibacakan oleh timbalan menteri kesihatan ‘bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa perjanjian yang ditandatangani telah melalui proses semakan dan nasihat dari Jabatan Peguam Negara’.

“Jadi siapa nak minta maaf ini? Yang telah memberi gambaran bahawa seolah-olah perkara pembelian vaksin ini tidak dibawa melalui Peguam Negara tetapi dalam usul yang dibentangkan sendiri oleh timbalan menteri kesihatan jelas bahawa perakara ini (perolehan vaksin) telah dibawa kepada Peguam Negara,” kata Ahli Parlimen Putrajaya itu di Dewan Rakyat, hari ini.

Februari lalu, Anwar ketika mengumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan kertas putih mengenai perolehan vaksin berkata ada perkara yang tidak ikut peraturan dan ditandatangani oleh menteri tanpa persetujuan AGC.

Sejurus itu, bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan itu sambil menegaskan semua perolehan dibuat kerajaan ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dibentangkan kepada Kabinet.

Dalam usul tersebut jelas dinyatakan pemakluman kepada Dewan Rakyat bahawa perjanjian perolehan vaksin yang ditandatangani telah melalui proses semakan dan nasihat daripada AGC.

“Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa perjanjian yang ditandatangani telah melalui proses semakan dan nasihat daripada AGC bagi memastikan bekalan vaksin Covid-19 dapat diperoleh dengan segera, selamat dan teratur mengikut SOP Perolehan Vaksin Covid-19 yang dibangunkan hasil konsultasi KKM bersama Bahagian Perolehan Kerajaan dan Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan,” bunyi usul bagi Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin Covid-19 yang dikemukakan Lukanisman tersebut.

Usul itu juga menyebut bahawa perolehan vaksin dilaksanakan atas persetujuan mesyuarat jemaah menteri melalui penubuhan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV)  yang dipengerusikan bersama oleh menteri kesihatan dan menteri sains teknologi dan inovasi di mana mereka diberi kuasa untuk berunding, menandatangani perjanjian pembelian serta membuat perolehan vaksin.

Berita berkaitan
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
2 jam lalu· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Anwar kata sudah ada calon Menteri KPDN
November 24, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
6 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
6 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Loke sahkan tiada diskaun saman JPJ akan diberikan
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok