Pemberian vaksin kita terpantas, lebih tinggi daripada AS, UK

August 3, 2021 · Isu semasa

Peningkatan kapasiti pemberian vaksin Covid-19 harian di Malaysia membolehkan kadar vaksinasi negara perkapita melonjak lebih tinggi berbanding beberapa negara maju lain ketika ini.

Penasihat Khas (Sains) kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Prof Madya Dr Mohd Ghows Mohd Azzam berkata berdasarkan statistik dikeluarkan Our World in Data, setakat semalam purata vaksinasi bagi setiap 100 individu di Malaysia adalah 1.65.

Menurutnya kepantasan vaksinasi negara ketika ini jauh lebih tinggi daripada kadar kemuncak pemberian vaksin di negara lain termasuk Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) yang lebih awal memberikan vaksin Covid-19 itu.

“Kadar vaksinasi semasa negara (perkapita) adalah jauh lebih pantas berbanding kemuncak kadar vaksinasi negara lain. Ini yang dimaksudkan apabila kami katakan pemberian vaksin di Malaysia pada tahap tersangat pantas,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Grafik Our World in Data yang dikongsi Mohd Ghows menunjukkan purata pemberian vaksin harian Malaysia bagi setiap 100 penduduk, jauh meninggalkan kemuncak vaksinasi di AS, UK, Kesatuan Eropah (EU) dan Korea Selatan, selain turut mendahului negara jiran Singapura.

Pemberian vaksin harian Malaysia kini 1.65, berbanding Turki (1.50), Singapura (1.49), Korea Selatan (1.22) dan Jepun (1.11).

Malah, jumlah direkodkan Malaysia ketika ini jauh lebih pantas berbanding jumlah pemberian vaksin tertinggi di AS iaitu hanya 1.01 yang dicatat pada 13 April lalu.

Malaysia turut mendahului jumlah pemberian vaksin tertinggi di UK yang hanya mencatat 0.89 pada 21 Mac lalu, selain turut mengatasi purata tertinggi pemberian vaksin di EU (0.92 pada 13 Jun).

Sementara itu, Penasihat Khas (Teknologi) Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dimishtra Steven Sittampalam, menerusi Twitter semalam berkata, purata pemberian vaksin selama tujuh hari antara 26 Julai hingga 1 Ogos adalah 533,832 dos.

Katanya, jumlah itu adalah lonjakan 26 peratus berbanding purata 423,265 dos yang diberikan pada minggu sebelumnya.

“Purata pemberian vaksin untuk Julai adalah 398,843 dos, yang melebihi daripada sasaran asal 300,000 sebanyak 33 peratus,” katanya.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Popular
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok