Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine

October 31, 2023 · Isu semasa

Tiga notis tata tindak daripada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dihantar kepada kerajaan Malaysia.

Dua notis rasmi dikenali sebagai “demarche” itu diterima Kementerian Luar Malaysia yang dihantar dari pihak AS bertarikh 13 dan 30 Oktober lalu, sementara satu lagi dihantar terus kepada duta besar Malaysia di Washington.

Notis itu dihantar ekoran pendirian Malaysia yang enggan mengiktiraf Hamas sebagai kumpulan pengganas.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak menganggap Hamas sebagai sebuah badan pengganas seperti dikehendaki negara kuasa besar itu.

“Oleh kerana keengganan kita untuk membantah tindakan Hamas dan tidak menganggap Hamas sebagai pengganas, saya mendapat maklumat, Kementerian Luar menerima demarche iaitu tata tindak daripada Kedutaan AS sebanyak dua kali iaitu pada 13 dan 30 Oktober lalu serta sekali (satu lagi notis) kepada duta besar.

“Ia disebabkan pendirian kita terutama keengganan kita menganggap Hamas itu sebagai badan pengganas.

“Saya sudah menjawab dalam majlis (solidariti Palestin) di stadium baru-baru ini, saya tegaskan bahawa Malaysia kekal dengan pendirian bebas kita dengan pertimbangan kemanusiaan dan menganggap pencerobohan itu (salah) dari segi undang-undang dan kaedah antarabangsa kerana perkara ini sudah berlarutan berdekad sejak 1948,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar menjawab semasa Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMTQ) di Dewan Rakyat.

Anwar sebelum ini mendakwa menerima banyak ugutan daripada negara luar, susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.

Tegasnya, selagi diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyat, selaku ketua kerajaan beliau tidak akan tunduk dan gentar dengan sebarang ugutan.

Selain itu, Perdana Menteri turut mendedahkan ada seorang ahli Parlimen dari Eropah bertindak mengusulkan sekatan terhadap Malaysia kerana kelantangan memperjuangkan isu Palestin.

Namun, beliau menegaskan tidak menghiraukan tindakan berkenaan, sebaliknya akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti biasa tanpa gentar.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok