1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan

October 12, 2023 · Isu semasa

Kerajaan Malaysia disaman Goldman Sachs Group Inc berhubung penyelesaian yang dikaitkan dengan peranannya dalam hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Langkah luar biasa dibuat Goldman Sachs itu mengejutkan Pasukan Khas 1MDB (Malaysia-Pemulihan Aset) selepas menerima pengesahan berhubung permohonan saman timbang tara yang difailkan di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London pada Rabu, terhadap kerajaan Malaysia.

Jurucakap tersebut berkata, langkah itu diambil kerana kerajaan Malaysia didakwa melanggar tanggungjawabnya untuk mengkredit aset dengan sewajarnya terhadap jaminan yang disediakan Goldman Sachs dalam perjanjian penyelesaian mereka, dan untuk mendapatkan semula aset berkaitan.

Dana pelaburan 1MDB menjadi pusat skandal berjumlah berbilion dolar, yang telah menyebabkan siasatan dilakukan di beberapa benua.

Selepas berbulan membatalkan perjanjian asal pada 2020, Goldman Sachs mengakui peranannya dalam kes rasuah terbesar dalam sejarah penguatkuasaan Amerika Syarikat (AS), dan mencapai perjanjian penyelesaian melebihi AS$5 bilion untuk 1MDB.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian 2020 dengan Malaysia, Goldman Sachs telah membuat pembayaran awal AS$2.5 bilion pada September tahun tersebut, selain menjamin pemulangan aset 1MDB yang dirampas pihak berkuasa di beberapa negara berjumlah AS$1.4 bilion.

Langkah tersebut sebagai timbal balas terhadap persetujuan Malaysia untuk menggugurkan tuduhan pendakwaan terhadap firma tersebut, selain tidak memfailkan permohonan pendakwaan yang Baharu.

Goldman Sachs juga perlu melakukan pembayaran interim berjumlah AS$250 juta jika Malaysia tidak menerima sekurang-kurangnya aset bernilai AS$500 juta menjelang Ogos 2022.

Sejak itu Goldman Sachs berkata dalam pemfailan timbang tara tersebut, kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan selanjutnya.

Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengugut untuk menyaman Goldman Sachs jika bank itu tidak membuat rundingan semula untuk mencapai penyelesaian baharu.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi Pasukan Khas 1MDB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata langkah itu mengejutkan kerana perbincangan masih berjalan dengan Goldman Sachs.

“Merujuk berita pada 11 Oktober 2023 berkenaan Goldman Sachs memfailkan timbang tara terhadap kerajaan Malaysia mengenai Penyelesaian 1MDB.

“Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB agak terkejut dengan kelakuan Goldman Sachs kerana ia masih dalam peringkat perbincangan secara baik untuk menyelesaikan sebarang pertikaian secara baik.

“Bagaimanapun, berdasarkan peristiwa baru-baru ini, kerajaan Malaysia akan bersedia untuk bertindak balas terhadap perkara ini dan memastikan proses ini dijalankan dengan patuh dan mengikut rangka kerja undang-undang yang ditetapkan sambil memastikan kepentingan rakyat Malaysia terpelihara,” katanya dalam kenyataan.

Berita berkaitan
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
6 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
28 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok