Pemandu bas sekolah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana meliwat

September 20, 2023 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara ke atas seorang bekas pemandu bas sekolah yang disabitkan dengan tiga pertuduhan meliwat seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun dalam kenderaannya tujuh tahun lepas.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Azman Abdullah dan Datuk S.M.Komathy Suppiah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan dan melepaskan Kassim Tahir daripada kesalahan itu, lampor Bernama.

Dalam keputusan sebulat suara itu, Hadhariah berkata sabitan ke atas kes itu dikekalkan.

Hadhariah berkata mahkamah mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas setiap pertuduhan dan menggantikannya dengan penjara lapan tahun untuk setiap pertuduhan berjalan secara serentak.

Beliau juga berkata hukuman sebat yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen ke atas Kassim bagi setiap pertuduhan diketepikan.

Hadhariah juga memerintahkan Kassim untuk memulakan hukumannya mulai hari ini dan berkata hukuman lapan tahun penjara itu akan mengambil kira tempoh lelaki itu ditahan sebelum ini.

Terdahulu, Hadhariah berkata Mahkamah Tinggi terkilaf dalam menjatuhkan hukuman bahawa siasatan permulaan sepatutnya dilaksanakan sebelum Mahkamah Sesyen menerima bukti daripada mangsa.

Pada 16 Julai 2019, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Kassim dengan satu sebatan bagi setiap pertuduhan. Kassim diperintahkan menjalani hukuman secara serentak. Pada 8 Sept 2020, Mahkamah Tinggi mengubah keputusan
Mahkamah Sesyen dengan membebaskan dan melepaskan lelaki itu.

Menurut kertas pertuduhan, Kassim melakukan kesalahan itu di dalam sebuah bas di Ulu Tiram, Johor pada pukul 8 malam antara April 2016 dan Mei 2016.

Timbalan Pendakwa Raya Aida Khairuleen Azli berhujah bahawa perlu bagi Hakim Mahkamah Sesyen untuk melaksanakan siasatan permulaan di bawah Seksyen 133A Akta Keterangan kerana mangsa bukannya kanak-kanak yang masih mentah kerana ketika memberi keterangan terperinci mengenai apa yang diperlakukan Kassim terhadapnya mangsa sudah berusia 14 tahun.

Semasa mitigasi, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Che Muji Che Noh yang mewakili Kassim berkata anak guamnya menghidap penyakit buah pinggang dan merayu mahkamah untuk meringankan hukuman penjara yang akan dijatuhkan.

Berita berkaitan
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023· Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023· Isu semasa
Ini bukan keputusan yang mudah ditelan, kata Syed Saddiq
November 9, 2023· Politik
Prosiding rayuan enam lelaki bunuh Kevin Morais ditangguh
November 7, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
35 minit lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
5 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
5 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok