Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan

December 1, 2023 · Isu semasa

Peguam kanan Datuk Hisyam Teh Poh Teik akan mengetuai pasukan pembelaan dalam rayuan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong terhadap sabitan, hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan rotan kerana merogol pembantu rumahnya pada 2019.

Sumber mengesahkan kepada Bernama bahawa Hisyam akan mengetuai pasukan pembelaan bersama peguam Datuk Rajpal Singh dan Salim Bashir dalam rayuan itu, lapor Bernama.

Mahkamah Rayuan menetapkan 30 Jan 2024 bagi pendengaran rayuan Yong.

Kes Yong juga ditetapkan pada Selasa (5 Dis) di hadapan Mahkamah Rayuan untuk pendengaran permohonan bagi memasukkan alasan tambahan kepada petisyen rayuannya.

Pada 27 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Ipoh mendapati Yong bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun di sebuah bilik di rumahnya di Ipoh, Perak antara 8.15 malam dan 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Yong, 53, diberi penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Tinggi juga membenarkan Yong diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan beliau menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Yong dalam keterangannya menafikan beliau merogol mangsa.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Mohamed dalam keputusannya berkata mahkamah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa pembelaan Yong iaitu kejadian rogol itu tidak berlaku adalah tidak boleh dipercayai, hanya penafian dan pemikiran semula.

Berita berkaitan
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Prosiding rayuan enam lelaki bunuh Kevin Morais ditangguh
November 7, 2023· Isu semasa
1 Julai tahun depan pendengaran rayuan Zuraida diarah bayar perintah RM10 juta
October 11, 2023· Politik
Hakim tarik diri dengar rayuan kes Najib saman Tommy Thomas
October 4, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Serangan siber melibatkan perniagaan meningkat di Malaysia: Kaspersky
April 26, 2023
Kalimah Allah: Gereja, paderi tarik balik semakan kehakiman
May 17, 2023
Aliran trafik ke ibu kota masih sesak
May 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024 · Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024 · Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024 · Isu semasa
Gangguan bekalan air bermula esok di Pulau Pinang
January 9, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok