Pegangan saham Khazanah RM530.28 juta dalam TNB dilupuskan

October 20, 2023 · Isu semasa

Khazanah Nasional Bhd melupuskan 0.93 peratus pegangan dalam Tenaga Nasional Bhd (TNB) pada harga RM530.28 juta awal minggu ini.

Menerusi notis makluman kepada Bursa Malaysia semalam, dana kekayaan negara itu melepaskan 54 juta saham dalam TNB pada sehari sebelumnya, bersamaan dengan 0.93 peratus kepentingan dalam syarikat perbekalan elektrik negara itu.

Penjualan itu mengurangkan kepentingan ekuitinya dalam syarikat itu kepada 22.56 peratus.

Makluman itu bagaimanapun tidak menyatakan harga saham TNB yang dijual Khazanah.

Dengan pelupusan terbaharu ini, Khazanah telah melepaskan sejumlah 159.81 juta saham atau 2.76 peratus kepentingan dalam TNB sejak awal tahun ini.

Khazanah juga mengurangkan pegangannya dalam beberapa lagi syarikat senaraian awam pada tahun ini, iaitu CIMB Group Holdings Bhd dan TIME dotCom Bhd.

Ia menjual 1.05 peratus kepentingan dalam CIMB, mengurangkan pegangannya dalam bank itu kepada 23.01 peratus.

Khazanah baru-bar ini turut melupuskan 3.65 peratus kepentingan dalamm TIME, mengecilkan pegangannya dalam penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan operator pusat data itu kepada 35.73 peratus.

Berita berkaitan
Selepas dikritik PN, 33 peratus saham Boustead Plantations tak jadi dijual
October 5, 2023· Isu semasa
33 peratus saham Boustead Plantations dijual untuk selesai hutang: Menteri
September 19, 2023· Isu semasa
Ditipu pelaburan kripto dan saham, dua lelaki rugi RM3 juta
July 11, 2023· Isu semasa
Pelabur asing jual saham 12 minggu berturut-turut : laporan
July 10, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Jangan makan, merokok sebelum ujian kendiri RTK Antigen: Pakar
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
16 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok