33 peratus saham Boustead Plantations dijual untuk selesai hutang: Menteri

September 19, 2023 · Isu semasa

Pemeteraian perjanjian kerjasama strategik antara Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd (Boustead) dan Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) tidak membabitkan penjualan Boustead Plantations Bhd (BPlant) secara keseluruhan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata langkah itu membabitkan jualan saham hanya sebanyak 33 peratus, dengan LTAT dan Boustead masih berpeluang menjadi antara pemegang saham utama BPlant selepas transaksi itu, lapor Bernama.

Beliau berkata, dari perspektif LTAT, penjualan sebahagian saham itu perlu dilaksanakan dengan segera bertujuan membolehkan penyelesaian masalah aliran tunai dan hutang Boustead sebelum tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

“Ini adalah mustahak bagi mengelakkan Boustead daripada menjadi muflis sekiranya hutang tidak dilangsaikan pada masa yang ditetapkan.

“Kerjasama strategik ini juga berpotensi mewujudkan penambahan nilai yang tinggi kepada LTAT dan Boustead kerana mereka diberikan hak keutamaan untuk membangunkan dua ladang seluas 1,800 ekar (720 hektar) dengan nilai pembangunan kasar (NPK) lebih kurang RM8 bilion,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat semalam.

Selain itu, beliau berkata meskipun BPlant mencatatkan keuntungan, namun keuntungan yang diperolehi untuk beberapa tahun kebelakangan ini dijana oleh penjualan ladang dan peningkatan luar biasa harga kelapa sawit mentah.

Mohamad berkata berkata oleh yang demikian, BPlant memerlukan sumber dan kedudukan kewangan yang lebih kukuh untuk memulakan penanaman semula.

Penanaman semula itu perlu dijalankan berikutan hampir 49 peratus pokok kelapa sawit BPlant berusia lebih 20 tahun dan mencatatkan hasil tandan buah segar (FFB) yang terendah iaitu 13.3 tan bagi setiap hektar berbanding syarikat sawit lain.

Mengenai isu kebajikan anggota tentera, Mohamad berkata sebanyak 4,752 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) melibatkan 12 projek perumahan telah disiapkan serta diduduki sejak 2018 dengan anggaran kos melebihi RM1 bilion.

Selain itu, 11 projek RKAT sedang dalam pembinaan membabitkan 3,307 unit dengan anggaran kos berjumlah RM1.5 bilion, serta dua projek lagi masih di peringkat pemerolehan dengan membabitkan pembinaan 759 unit rumah, katanya.

Beliau berkata, kementerian merancang untuk membina 12,733 unit RKAT dari 2023 hingga 2030, dengan pelaksanaannya bergantung kepada keupayaan kewangan semasa kerajaan.

Berita berkaitan
Sanusi bidas kerajaan campuran guna pihak berkuasa tekan musuh, punya pondan
July 27, 2023· Politik
Masalah kewangan, tekanan ekonomi punca pasangan muda bercerai
July 25, 2023· Isu semasa
Isu hutang peneroka: Enggan mengaku silap, Muhyiddin teruskan tindakan saman
July 24, 2023· Politik
Dokumen didedah bukti PMX berbohong, Muhyiddin minta peguam teruskan tindakan saman
July 20, 2023· Politik
Popular
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
September 26, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
3 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
3 jam lalu · Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
6 jam lalu · Isu semasa
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
6 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
32 minit lalu
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok