Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu

October 2, 2023 · Isu semasa

Kekurangan bekalan beras putih tempatan (BPT) disebabkan permintaan yang tinggi ekoran kenaikan harga beras import di pasaran, kata Datuk Seri Mohamad Sabu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam menjelaskan isu bekalan beras berkata penduduk di kawasan elit seperti Petaling Jaya dan Shah Alam yang dahulunya membeli beras import kini sudah beralih membeli beras tempatan kerana sudah tidak mampu lagi.

“Orang Petaling Jaya, orang Shah Alam dan orang sebelah situ semuanya makan beras import sebab harga beras tempatan RM26 manakala beras import harganya RM32 dan RM34. Tidak mahal sangat dan mereka kata beras import ini elok.

“Tetapi bila harga beras import naik melambung sampai RM37, RM40, mereka cari beras tempatan. Bila cari beras tempatan pula ada (pihak) main (sebar) dalam video dan sebagainya bahawa bulan depan tak ada beras.

“Jadi orang ramai pun terpa (serbu) pergi beli beras yang sebelum dia (cuma) guna sekampit tetapi dia beli tiga (kampit). Bila dia beli tiga (kampit) dia ambil yang orang lain dua kampit. Yang (selalu guna) dua kampit pula dia beli empat (kampit),” katanya dipetik laporan BH.

Mat Sabu terdahulu berceramah di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Kampung Hayat di sini malam tadi.

Ujarnya lagi, keadaan tersebut menyebabkan pembelian panik orang ramai yang bimbang bekalan beras tiada pada bulan depan.

“Kemudian dia datang balik beli dua kampit lagi. Saya tanya berapa ramai anak mak cik? (Dia kata) anak dua (orang).

“Sebulan berapa (kampit)? (Dia kata) sekampit tak habis. Kenapa beli empat. Mereka bagi tahu bulan depan tak ada beras,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Mohamad menasihati semua supaya membeli mengikut keperluan sambil memberi jaminan kerajaan akan mencari jalan untuk menangani masalah berkenaan.

Mengakui keadaan sekarang agak kelam-kabut, beliau berkata semakin hari keadaan mulai pulih dengan pelaksanaan beberapa langkah jangka pendek.

“Esok (hari ini) kita akan bincang dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kalau sudah bersetuju semuanya, …agensi kerajaan seperti hospital, kem tentera, polis dan sebagainya, kita minta mereka membeli beras import.

“Selepas itu, bekalan beras tempatan akan dilambak kembali di pasaran. Kalau tak menjadi juga, saya cari jalan yang lain kerana itu (strategi) jangka pendek,” katanya.

Mengenai strategi jangka panjang, Mohamad berkata kerajaan sekarang sedang berusaha untuk merealisasikan tuaian hasil padi selama lima musim untuk tempoh dua tahun, menerusi kerjasama dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah.

Dalam pada itu, beliau berkata projek penanaman padi akan dikembangkan lebih luas di Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak dalam usaha kerajaan memastikan keterjaminan makanan membabitkan bekalan beras untuk keperluan negara.

“Ini supaya beberapa tahun lagi bekalan beras cukup di Malaysia Insya-Allah. Kita tak boleh diam kerana semua kita kena buat kerja, kena ikhtiar. Kalau dengan maki sahaja tak boleh selesai (masalah).

“Saya tak peduli hal fitnah. Yang penting kita terus lakukan (kerja). Dulu ayam juga bermasalah tetapi sekarang sudah stabil. (Bekalan) telur juga stabil tapi ada ladang tak cukup sedikit sebanyak itu biasa namun umumnya stabil.

“Beras pun Insya-Allah (bekalannya) akan stabil. Kita akan cari jalan yang terbaik kerana kerajaan ini bukan kita duduk saja,” katanya.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
7 jam lalu· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Popular
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
6 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
6 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
7 jam lalu · Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
8 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok