Najib gagal tangguh perbicaraan kes dana 1MDB

August 26, 2023 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dalam usahanya untuk menangguhkan perbicaraan kes dihadapinya membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi.

Permohonan Najib untuk menangguhkan perbicaraan itu sementara menunggu selesai rayuannya untuk menggugurkan hakim perbicaraan Datuk Collin Lawrence Sequerah itu ditolak Mahkamah Rayuan hari ini, lapor Bernama.

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M. Komathy Suppiah.

Ketika menyampaikan keputusan mahkamah, Hadhariah berkata mahkamah bersetuju dengan Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar bahawa tiada keadaan istimewa ditunjukkan kepada mahkamah untuk membenarkan penangguhan prosiding itu.

“Kami tidak dapat bersetuju dengan hujahan pemohon (Najib) bahawa rayuan itu akan menjadi batal sekiranya penangguhan itu ditolak. Pada pandangan kami, kepentingan awam menuntut kes itu diteruskan,” katanya.

Beliau berkata perbicaraan itu telah mendengar keterangan 46 saksi selama 173 hari perbicaraan dan dalam keadaan sedemikian tiada alasan kukuh untuk membenarkan penangguhan itu.

Mahkamah mendapati tiada merit dalam permohonan itu dan permohonan itu ditolak, kata hakim itu.

Terdahulu, dalam prosiding itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata pihak pembelaan hanya memohon penangguhan tiga tarikh perbicaraan minggu depan dan beliau akan bekerjasama dengan badan kehakiman untuk menyediakan dokumen yang diperlukan supaya rayuan anak guamnya dapat didengar dalam tempoh dua minggu.

Kamal Baharin bagaimanapun membantah dengan mengatakan tiada keadaan istimewa untuk mahkamah membenarkan penangguhan itu dan perbicaraan perlu diteruskan.

Susulan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, perbicaraan di Mahkamah Tinggi yang dijadualkan pada 28 Ogos akan disambung semula.

Najib memfailkan permohonan untuk menangguhkan perbicaraan di Mahkamah Rayuan selepas permohonan penangguhannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 18 Ogos.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon di Mahkamah Tinggi pada 14 Ogos untuk menggugurkan Sequerah daripada mendengar kesnya selepas hakim itu mendedahkan bahawa beliau dan bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan pernah menjadi rakan kongsi dalam sebuah firma guaman.

Pada 12 Julai, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Loo ditahan polis pada 7 Julai bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana 1MDB.

Pada 18 Ogos, Sequerah menolak permohonan Najib supaya beliau menarik diri daripada mendengar ke situ. Hakim itu juga menolak permohonan bekas menteri kewangan itu untuk menangguh sementara perbicaraan 1MDB sementara menunggu rayuan selesai.

Najib memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan pada hari yang sama terhadap keputusan Sequerah itu.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Selepas prosiding mahkamah, Muhammad Shafee memberitahu pemberita bahawa pihak pembelaan akan memfailkan permohonan baharu di Mahkamah Persekutuan untuk menangguhkan perbicaraan itu.

Berita berkaitan
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
Permohonan Najib ketepi injunksi saman 1MDB beku aset RM681 juta ditolak
September 27, 2023· Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
September 21, 2023· Isu semasa
Pemandu bas sekolah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana meliwat
September 20, 2023· Isu semasa
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
19 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
20 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023 · Isu semasa
Isu bekalan beras, Mat Sabu kata sudah bertemu wakil PM India
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok