Nahas maut: Remaja tiada lesen pandu MPV tanpa pengetahuan bapa

May 8, 2022 · Isu semasa

Remaja 16 tahun yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum terbabas dan merempuh dua pemotong rumput menyebabkan seorang daripadanya maut di Jalan Pintasan Semeling, Sungai Petani semalam, dikatakan memandu kenderaan itu tanpa pengetahuan bapanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata polis sudah mengambil keterangan daripada remaja terbabit yang juga sudah dibebaskan.

“Kertas siasatan kes sedang dilengkapkan dan kita akan merujuknya ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut. Setakat ini, ujian air kencing terhadap remaja berkenaan mendapati dia bebas pengaruh dadah,” katanya seperti dilapor BH hari ini.

Zaidy berkata, hasil pemeriksaan mendapati remaja yang juga pelajar di sebuah sekolah menengah itu menggunakan MPV berkenaan tanpa pengetahuan bapanya.

“Siasatan awal mendapati bapa remaja terbabit tiada di rumah kerana menghadiri majlis perkahwinan. Kita difahamkan kunci kenderaan ditinggalkan di rumah dan kesempatan itu diambil remaja itu untuk memandu MPV terbabit tanpa pengetahuan bapanya,” katanya.

Setakat ini, katanya, siasatan mendapati remaja itu memandu laju sehingga hilang kawalan serta terbabas dan merempuh dua pokok sebelum merempuh pula dua pekerja pemotong rumput yang ketika itu sedang berehat di bahu jalan.

Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, seorang pekerja pemotong rumput warga Myanmar, Cinglowpa, 20, meninggal dunia akibat parah di kepala, manakala rakan senegara berusia 33 tahun patah bahu kanan selepas dirempuh MPV ketika sedang berehat di bahu jalan.

Ketika kejadian, mangsa yang meninggal dunia sedang duduk atas rumput, manakala rakannya yang parah pula berada atas motosikal yang diletakkan di bahu jalan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Berita berkaitan
Rogol remaja bawah umur, seorang inspektor didakwa di Sungai Petani
January 5, 2023· Isu semasa
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022· Isu semasa
Helikopter bawa staf KKM terhempas di Brinchang, 6 terselamat
October 26, 2022· Isu semasa
Anak bersama bapa ditahan simpan ganja 21.9kg bernilai RM52,500
September 3, 2022· Isu semasa
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
10 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
15 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
16 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok