ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau

December 13, 2023 · Isu semasa

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Kedah Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir, 37, terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori di Jalan Padang Chempa menghala ke Changlun dekat Arau malam tadi.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Abdul Mohsin Md Rodi berkata Mohd Ashraf Mustaqim bagaimanapun hanya mengalami luka ringan pada bahagian mulut dalam kejadian kira-kira 9.05 malam itu dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini, lapor Bernama.

Abdul Mohsin berkata insiden itu dipercayai berlaku apabila kereta Perodua dipandu ADUN itu tidak sempat mengelak lori berkenaan yang diparkir di kaki lima jalan dalam keadaan melintang dan melanggar kenderaan tersebut.

“Akibat daripada kereta ini telah terlanggar bahagian sisi kiri belakang lori tersebut, kereta ini telah terbabas masuk ke dalam longkang denai di kaki lima jalan sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemandu lori berusia 66 tahun tidak mengalami kecederaan.

Berita berkaitan
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023· Isu semasa
Remaja 16 tahun pandu tanpa lesen rempuh motosikal sehingga dua maut
November 11, 2023· Isu semasa
Tiga ahli Dewan Muslimat PAS maut ketika cuba bantu mangsa kemalangan
October 20, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok