Remaja 16 tahun pandu tanpa lesen rempuh motosikal sehingga dua maut

November 11, 2023 · Isu semasa

Dua maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh kereta Toyota Lexus dipandu remaja berusia 16 tahun yang hilang kawalan setelah melanggar sebuah lori di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang arah Perai hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San berkata kejadian kira-kira 2.30 pagi itu mengakibatkan penunggang lelaki dan pembonceng rakan wanitanya, kedua-duanya berusia 20-an, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah, lapor Bernama.

“Mereka dipercayai baru pulang makan di kedai kawasan Seagate di Bayan Lepas dan mahu balik ke rumah masing-masing di sini, manakala pemandu remaja itu mengalami kecederaan ringan sementara pemandu lori iaitu seorang lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal kemalangan itu berlaku apabila kereta dipandu remaja itu melanggar bahagian lori tersebut lalu hilang kawalan dan menghentam motosikal dinaiki mangsa.

Beliau berkata akibat perlanggaran itu kedua-dua mangsa tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Menurut Tan pemandu remaja itu yang masih bersekolah memandu kereta ibunya dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Bukit Mertajam selepas berjumpa rakan di pulau.

Remaja itu katanya kini ditahan reman sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu agar menghubungi pegawai penyiasat Insp Muhammad Sufi Abd Razak di talian 013-4774542 atau 04-5382222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
43,508 pengundi baharu didaftarkan, semakan bermula hari ini: SPR
September 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok