MB Kedah ziarah Allahyarham Salahuddin di hospital

July 23, 2023 · Isu semasa

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menziarah jenazah Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), sebentar tadi.

Beliau dilihat tiba di lobi hospital dengan berkopiah putih.

Melalui hantaran di Facebooknya, Muhammad Sanusi mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir jam 9.23 malam ini,” tulisnya.

Allahyarham Salahuddin yang merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup disahkan meninggal dunia jam 9.23 malam, hari ini oleh anaknya, Siti Fatihah.

Allahyarham menjalani pembedahan akibat pendarahan otak, pagi semalam.

Sementara itu, setiausaha akhbarnya, Syakirin Husnal dalam satu kenyataan memaklumkan jenazah Allahyarham sedang diuruskan untuk dihantar pulang ke rumah ibu Allahyarham di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai, Johor.

Berita berkaitan
Sanusi buat perbandingan tindakan sekat peruntukan MP dengan keadaan di Palestin
November 9, 2023· Politik
Spekulasi syarikat kerajaan negeri sorok beras adalah palsu
October 12, 2023· Isu semasa
Sanusi dirakam keterangan polis lagi berhubung ceramah PRK Pelangai
October 10, 2023· Politik
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023· Isu semasa
Popular
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Kerajaan perlu masa selesai kes pencen hakim menerusi proses mediasi
March 21, 2022
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Penduduk flat di Kampung Baru tak diusir semasa Ramadan: Shahidan
April 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok