Sanusi dirakam keterangan polis lagi berhubung ceramah PRK Pelangai

October 10, 2023 · Politik

Polis Pahang telah merakamkan percakapan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, difahamkan berhubung kenyataan yang dibuat semasa sesi ceramah pada 22 Sept lepas, sehari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata keterangan Muhammad Sanusi direkodkan di Balai Polis Manchis, Bentong pada 7 Okt lepas, susulan terdapat dua laporan dibuat terhadap beliau, lapor Bernama.

“Keseluruhannya, kita sudah mengambil keterangan lima individu dan siasatan lanjut masih dijalankan sebelum dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya kepada Bernama semasa ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Polis Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan terhadap Muhammad Sanusi dibuat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Untuk rekod, Sanusi sebelum ini juga berdepan tindakan hampir sama semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu dan kesnya sedang dibicarakan di peringkat mahkamah.

Dalam perkembangan lain, Yahaya berkata laporan bedah siasat terhadap pendaki warga India Nandan Suresh Nadkarni, 44, yang ditemukan maut selepas mendaki Gunung Jasar di Cameron Highlands sebelum ini, mengesahkan mangsa mengalami hipotermia.

“Urusan berkaitan penyerahan jasad mangsa kepada wakil waris telah dilakukan oleh polis kontinjen Perak selepas bedah siasat di hospital di Ipoh selesai pada 1 Okt lepas,” katanya.

Sebelum ini, mangsa dilaporkan hilang sejak 22 Sept semasa melakukan aktiviti mendaki di Trail 10 Gunung Jasar seorang diri, dipercayai tersasar dari laluan asal semasa turun dari puncak bukit sehingga tersesat melepasi sempadan Perak.

Mayat mangsa ditemukan pada petang 30 Sept di satu anak sungai kira-kira enam kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di kaki gunung itu, dan dibawa turun menggunakan helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU) pada 1 Okt.

Nandan Suresh yang bekerja sebagai aktuari mendaftar masuk ke Hikers Sleep Port Guest House, Tanah Rata pada 19 Sept dan sepatutnya mendaftar keluar pada 24 Sept, namun rakaman kamera liter tertutup (CCTV) di sekitar Tanah Rata mendapati mangsa keluar dari hotel pada pagi 22 Sept.

Berita berkaitan
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023· Isu semasa
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Bayi lelaki ditemui tepi longkang dalam longkang ditinggalkan
November 26, 2023· Isu semasa
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
6 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
10 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok