Mat Sabu tak umum harga baharu telur ayam, tapi umum akan import telur

December 6, 2022 · Isu semasa

Telur ayam akan diimport masuk ke dalam negara bagi menangani isu bekalan terputus dengan kadar segera, umum Mohamad Sabu.

Namun pengumuman Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu dilihat tidak selari dengan mesyuarat Kabinet pertama yang pada mulanya menjanjikan akan mengumumkan harga baharu telur ayam yang lebih rendah selepas berlaku kenaikkan harga yang mendadak.

“Keperluan membawa masuk telur ayam dari sumber luar juga akan dikaji semula setelah bekalan telur ayam kembali stabil.

“Saya juga telah meminta ketua setiausaha kementerian untuk melihat impak mengimport dari sumber luar kepada industri telur ayam tempatan sedia ada dan Agrobank untuk mengemukakan cadangan bagi membantu pembekal serta pengusaha kecil supaya mereka kekal berdaya saing dalam industri ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad berkata inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar itu bukan untuk menekan pengusaha industri tempatan sebaliknya bagi memastikan bekalan dalam negara tidak terputus dan kebajikan rakyat terjaga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar selepas mesyuarat pertama kabinet memaklumkan pihaknya sudah berbincang dan Mohamad akan mengumumkan harga telur ayam yang lebih rendah pada Selasa.

Bagaimanapun, dalam kenyataan yang dikeluarkan, Mohamad tidak ada menyebut mengenai harga telur ayam yang dijanjikan lebih rendah itu.

Dalam pada itu, Mohamad menambah, kementeriannya juga sentiasa berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi menjamin bekalan telur ayam negara kembali stabil dengan harga yang kompetitif.

“Kementerian yakin isu kekurangan bekalan telur ayam dapat diselesaikan dalam masa terdekat dengan kerjasama pelbagai pihak,” ujarnya.

Ahli Parlimen Kota Raja itu juga memberi jaminan bahawa telur ayam yang diterima dari sumber luar itu selamat daripada penyakit dan menepati piawaian yang ditetapkan.

“Segala protokol dan tatacara yang ditetapkan kerajaan perlu dipatuhi tanpa kompromi,” tegasnya.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Projek HSR: Saman terhadap empat tokoh politik dibatalkan mahkamah
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok