Mangsa buli sekolah sehingga hilang pendengaran peroleh ganti rugi RM600,000 lebih

October 17, 2023 · Isu semasa

Seorang pemuda yang hilang pendengaran selepas dibuli di sebuah sekolah menengah di Terengganu lapan tahun lepas kekal memperoleh ganti rugi lebih RM600,000 di Mahkamah Persekutuan di sini.

Peguam Nik Nur Syazwani Nik Suhaimi, yang mewakili pemuda itu, berkata anak guamnya memperoleh ganti rugi selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan sembilan responden termasuk lima bekas pelajar sekolah berkenaan bertanggungjawab dan cuai dalam kejadian memukul, buli serta menyerang mangsa, lapor Bernama.

“Mahkamah Persekutuan juga memutuskan bahawa kesemua responden iaitu Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kerajaan Malaysia bertanggungjawab secara vikarius akibat daripada kecuaian warden, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) dan pengetua sekolah itu.

“Mahkamah Persekutuan sebulat suara telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dan mengetepikan keseluruhan keputusan Mahkamah Rayuan. Oleh itu, semua responden diarah untuk membayar ganti rugi kepada perayu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Amar Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil membenarkan rayuan pemuda itu dalam prosiding yang berlangsung secara dalam talian.

Pada prosiding semalam, perayu turut diwakili peguam Wan Azliana Wan Adnan, Hisyam Yusof dan Diyana Ibrahim manakala kesemua responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A. Dadi dan Zureen Elina Mohd Dom.

Sementara itu, Wan Azliana yang juga Ketua Penggerakan Penggubalan Akta Anti Buli dalam satu kenyataan memaklumkan kes ini merupakan kemenangan untuk anak guamnya dan semua mangsa kejadian buli di seluruh Malaysia.

“Saya berharap keputusan kes ini dapat dijadikan pengajaran dan bertindak sebagai pencegahan bagi kes-kes buli yang lain,” katanya.

Pada 2 April 2017, pemuda itu, yang ketika kejadian berusia 14 tahun, memfailkan saman melalui bapanya terhadap lima pelajar tingkatan lima, PKHEM, pengetua sekolah, Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia dan kerajaan.

Mangsa, yang kini berusia 22 tahun, mendakwa beliau telah dipukul, dibuli dan diserang oleh lima pelajar senior sehingga mengakibatkan gegendang telinga kanannya pecah.

Kejadian yang berlaku pada 26 April 2015 itu telah mengakibatkan mangsa mengalami kecacatan kekal dan hilang pendengaran selain berdepan trauma teruk serta tekanan perasaan sehingga terpaksa menjalani rawatan psikiatri.

Pada 29 Sept 2019, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan kesemua defendan membayar ganti rugi berjumlah RM616,634.20 selepas membenarkan saman plaintif.

Mahkamah itu juga mendapati kesemua defendan bertanggungjawab atas kecederaan yang dialami plaintif.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Mei 2021 mengetepikan keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan plaintif gagal membuktikan liabiliti lima pelajar senior itu yang didakwa telah memukul, membuli serta menyerangnya selain mendapati defendan lain tidak dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut.

Berita berkaitan
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023· Isu semasa
Permohonan Najib untuk hadir prosiding Mareva ditolak mahkamah
November 24, 2023· Politik
Kerajaan dan NFCorp tak rayu keputusan Mahkamah Tinggi
November 23, 2023· Isu semasa
Hukuman penjara sepanjang hayat pembunuh Along Spoon dipinda ke 33 tahun
November 17, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
5 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
1 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok