Kerajaan dan NFCorp tak rayu keputusan Mahkamah Tinggi

November 23, 2023 · Isu semasa

Kerajaan dan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) masing-masing membuat keputusan tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bulan lepas yang memberikan keputusan separa kepada NFCorp.

Perkara itu disahkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan yang mewakili kerajaan, lapor Bernama.

“Tiada notis untuk merayu keputusan itu difailkan atau disampaikan oleh kerajaan atau NFCorp. Tempoh memfailkan notis rayuan tamat pada 12 Nov,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Perkara itu juga disahkan Peguam Datuk K. Kirubakaran yang mewakili NFCorp dan 10 lagi defendan.

Oleh kerana tiada rayuan dibuat oleh defendan dan plaintif, maka keputusan Mahkamah Tinggi itu kekal.

Pada 13 Okt lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Anand Ponnudurai memerintahkan NFCorp untuk membayar kepada kerajaan RM33.7 million berhubung Projek Pusat Fidlot Kebangsaan di Gemas, Negeri Sembilan.

Anand yang tidak membenarkan kerajaan menuntut sepenuhnya pinjaman berjumlah RM253.6 juta bagi projek itu, sebaliknya mengarahkan NFCorp yang dinamakan sebagai defendan pertama untuk membayar balik kepada kerajaan RM33,743,591.37 yang merupakan jumlah wang pinjaman yang masih tidak digunakan.

Beliau berkata plaintif (kerajaan) berhak terhadap RM86.9 juta yang disita daripada defendan dan pada masa ini dipegang akaun awam secara eskrow (pihak ketiga).

Anand juga memerintahkan kesemua 11 defendan untuk memulangkan tanah di Gemas, Putrajaya dan One Menerung di sini yang dibeli dengan pinjaman itu kepada kerajaan yang merupakan pemilik benefisial hartanah berkenaan.

Hakim itu juga membenarkan tuntutan balas defendan dan memerintahkan kerajaan membayar RM10,000 sebagai ganti rugi nominal kepada mereka.

Bagaimanapun, Anand berkata plaintif gagal membuktikan sebarang konspirasi untuk menipu kerajaan oleh Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan keluarganya serta syarikat yang di bawah kawalan mereka.

Dalam saman itu, kerajaan selaku plaintif tunggal menamakan Mohamad Salleh, yang merupakan Pengerusi Eksekutif NFCorp dan suami kepada bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil serta tiga anak mereka, iaitu Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah masing-masing sebagai defendan kedua hingga kelima.

Defendan lain ialah enam syarikat yang dikawal oleh keluarga Mohamad Salleh, iaitu National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd, Real Food Corporation Sdn Bhd, Meatworks Corporation Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd, Asian Bioscience Corporation Sdn Bhd, dan Technology Imageware (M) Sdn Bhd.

Dalam pernyataan tuntutan itu, kerajaan menyatakan ia menandatangani satu perjanjian dengan NFCorp pada 6 Dis 2007, bagi membiayai kos membangunkan dan mengoperasikan Pusat Fidlot Kebangsaan di Gemas, sebagai sebahagian dasarnya untuk mengembangkan dan meningkatkan pengeluaran daging lembu.

Pinjaman itu dibayar dalam tiga tranche dan keluarga Mohamad Salleh didakwa membuat 10 pengeluaran dengan jumlah keseluruhan RM180.51 juta, dari 24 Jan 2008 hingga 3 Jan 2011.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Cagar caruman KWSP untuk pinjaman bank mulai 7 April
April 3, 2023
Serangan siber melibatkan perniagaan meningkat di Malaysia: Kaspersky
April 26, 2023
Pegawai kanan polis dipenjara 10 tahun, denda RM42 juta
March 22, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024 · Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024 · Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024 · Isu semasa
Gangguan bekalan air bermula esok di Pulau Pinang
January 9, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok