Mahasiswa bimbang jadi tunggangan parti politik

March 5, 2023 · Isu semasa

Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya (UM) bimbang penubuhan parti politik di universiti akan merosakkan demokrasi pilihan raya kampus.

Pertubuhan itu menyifatkan parti politik nasional tidak seharusnya masuk campur dalam hal ehwal mahasiswa di kampus atas alasan penyuburan demokrasi.

Kata pertubuhan itu penubuhan tersebut bakal melemahkan gerakan mahasiswa yang tidak didanai parti politik.

“Parti politik di kampus juga akan menjadi gelanggang perlawanan antara cawangan parti nasional mahasiswa, memberi ruang campur tangan politik dalam kampus dan melemahkan kesatuan mahasiswa kerana mahasiswa akan mengikut telunjuk parti politik nasional.

“Mahasiswa akhirnya juga akan menjadi tunggangan parti politik nasional selain universiti dan kampus menjadi tempat perkaderan parti politik nasional secara besar-besaran.

“Situasi ini akan membantutkan kemandirian mahasiswa,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini Kementerian Pengajian Tinggi, dilaporkan tidak menolak kemungkinan akan memberi kelonggaran untuk parti politik menubuhkan cawangan di universiti.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Beliau ketika menjawab di Dewan Rakyat berkata ia kerana pelbagai pindaan telah dilakukan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 meliputi aspek kegiatan pelajar, urus tadbir universiti dan pelbagai lagi.

Angkatan Mahasiswa turut mempertikai cadangan tersebut sambil menyifatkan ia satu pembonekaan terhadap demokrasi.

“Angkatan Mahasiswa melihat tindakan KPT mempertimbangkan penubuhan cawangan parti politik di kampus ini sebagai jelas satu ‘pembonekaan’ demokrasi.

“Kami ingin mengajak wakil gerakan mahasiswa yang lain untuk bersama-sama terus menyoal dan menekan KPT bagi memberi jawapan berhubung kenyataan Mohamed Khaled di Parlimen pada 2 Mac 2023,” katanya.

Mohamed Khaled dalam satu jawapan bertulis di Parlimen, minggu lalu, memaklumkan bahawa kerajaan buat masa ini tidak bercadang untuk memansuhkan AUKU 1971 kerana akta itu masih relevan terutama untuk tujuan pentadbiran di universiti.

Berita berkaitan
AUKU masih relevan dan sangat penting, kata Menteri UMNO
March 9, 2023· Isu semasa
Memorandum tuntut masuh AUKU diserah kepada kerajaan campuran
March 8, 2023· Isu semasa
Kerajaan tiada cadangan mansuh AUKU, kata Menteri UMNO
March 2, 2023· Isu semasa
Kumpulan mahasiswa UM desak mansuh AUKU, gesa PH tunai janji
February 27, 2023· Isu semasa
Popular
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
1 jam lalu · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
11 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
11 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
12 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri, timbalan menteri cuai, jangan salahkan pegawai gagal jawab isu RMT
33 minit lalu
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok