Gagal turun harga minyak, ada Anwar minta maaf kepada rakyat? soal Sanusi

July 12, 2023 · Politik

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tanggungjawab terhadap janjinya sebelum ini kepada rakyat untuk menurunkan harga minyak kerana sekarang sudah menjadi Perdana Menteri (PMX).

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berkata janji tersebut sangat sinonim dengan Anwar kerana sudah bertahun-tahun berjanji kepada rakyat untuk menurunkan harga minyak sehingga ramai yang mempercayainya.

“Tuan-tuan dia (Anwar) harus bertanggungjawab kepada kenyataan harga minyak itu. Dia mesti ambil tanggungjawab itu. Tanggungjawab yang pertama harus dilunaskan ialah janjinya selama bertahun-tahun kepada rakyat Malaysia nak turunkan harga minyak tak perlu dua minggu, dia nak 24 jam harga minyak akan turun 1.50,” katanya semasa berucap dalam ceramah Jelajah Selangor Baharu di Selayang malam tadi.

Menteri Besar Kedah itu juga mempersoalkan rasa tidak bersalah Anwar kepada rakyat walaupun tidak menunaikan janjinya, malah sehingga hari ini tidak pernah meminta maaf kepada terhadap kegagalannya dalam menurunkan harga minyak.

“Ada dak dalam tempoh lapan bulan ni ada ke tidak dia buat satu kenyataan bahawa dia telah gagal untuk menurunkan harga minyak dan dia minta maaf kat kita semua? Tak ada.

“Hoi, orang duk ingat semua itu hang ingat orang lupa? Kalau hang pandai, hang jangan ingat orang bodoh,” ujarnya lagi.

Selain itu, Sanusi juga mempertikaikan kegagalan kerajaan campuran yang dipimpin Anwar kononnya sebaik mengambil tampuk kerajaan mahu menurunkan harga barang, tetapi sebaliknya rakyat berdepan dengan peningkatan kos sara hidup yang membebankan mereka.

“Tuan-tuan sekalian, perkara kedua hari pertama dia kata dia tak tubuhkan jawatankuasa panggil pegawai kanan kerajaan bincang… Dia bagi masa dua minggu, macam mana nak menurunkan harga barang-barang keperluan rakyat ini.

“Nak menurunkan kos sara hidup rakyat? Dua minggu dia bagi, keluarkah tak dak benda itu, lapan bulan dah tak ada apa satu lagi. Dia duk pi cucuk langit kat universiti,” bidasnya lagi.

Sanusi juga membidas selepas tular Anwar berjoget dengan pelajar universiti dengan menyifatkan ia tidak mencerminkan imej seorang pemimpin negara.

“Memalukan, kalau dia ni tok haji mana tinggal di kampung itu, duk ulang pi masjid dah. 76 umur dia, kubur kata mari, rumah kata pergilah.

“Ini duk pi cucuk langit lagi, nak tarik hati orang muda. Orang muda sekalian, hampa jangan duduk ikut, orang tua perangai hodoh macam ini,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Anwar semasa Kongres PKR pada Julai tahun lalu berkata janji untuk menurunkan harga minyak tidak dapat dilaksanakan kerana tidak menjadi Perdana Menteri.

“Sekarang kalau kita berjaya kali ini, janji kita pada rakyat, jika kita berjaya, kita akan tunaikan sepenuhnya kepada rakyat.

“Kita menang hari ini, harga minyak jatuh esok.

“Saya (sebelum ini) bukan PM, macam mana boleh buat. Harga minyak tak boleh diturunkan kerana kerajaan fikir cara menyelamatkan orang di atas, dan kita fikir cara menyelematkan orang di bawah,” katanya pada 17 Julai tahun lalu.

Berita berkaitan
PAS bidas propaganda Kit Siang main isu PM bukan Melayu
2 jam lalu· Rencana
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
2 jam lalu· Politik
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
6 jam lalu· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
December 11, 2023
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023
Kampung Melayu lenyap: Apa motif DAP bawa pakar Singapura masuk KPKT?
January 21, 2023
Lagi Politik terkini
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
2 jam lalu · Politik
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023 · Politik
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023 · Politik
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
December 7, 2023 · Politik
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok