Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled

December 9, 2023 · Politik

Tindakan yang dibuat oleh Isham Jalil yang mengkritik pemimpin kanan parti dilihat melampaui batas sehingga beliau dipecat, kata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Naib Presiden UMNO itu berkata bekas pembantu Datuk Seri Najib Razak itu sebagai sudah melanggar disiplin parti apabila mempertikaikan keputusan yang dibuat dalam menjalinkan kerjasama dengan DAP sehingga mengkritik Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Mana-mana ahli parti pun terutama UMNO sebagai parti yang besar, kita perlu pastikan tidak berlakunya tindak tanduk seseorang ahli yang gugat parti atau yang bercakap sesuka hati.

“Jadi bila dia ‘cross the line’, ahli Majlis Kerja Tertinggi berpendapat soal keluarkan pendapat, ada banyak cara dan pendekatan lebih-lebih lagi dia ialah seorang ahli MT (Majlis Tertinggi).

“Jadi parti perlulah mengawal tindak tanduk (seperti itu), kalau semua jadi macam dia bermasalahlah nanti. Jadi ini soal urus disiplin ahli dalam parti. Kita mesti tahu berorganisasi,” katanya dipetik laporan media.

Khaled berkata tindakan Isham sebagai seorang Ahli MT itu dilihat boleh mengganggu gugat kestabilan parti.

Mesyuarat MT pada Jumaat memutuskan untuk memecat Isham berkuat kuasa serta-merta di bawa fasal 10.6 dibaca bersama fasal 5.9 Perlembagaan UMNO kerana melanggar etika ahli parti tersebut.

Pada Jumaat, Zahid memaklumkan Isham akan menerima surat berkaitan status keahliannya dalam parti itu pada masa terdekat.

Sebelum ini, media melaporkan MT UMNO pada 6 Disember, bersetuju memecat Isham daripada parti dipercayai susulan kritikannya terhadap parti, yang dilihat bertentangan dengan pendirian UMNO sebelum ini dalam usaha memperkukuh Kerajaan Perpaduan.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Ketua UMNO Bahagian Kluang nafi jumpa Anwar bincang PRN Johor
January 15, 2022
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
14 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok