Tarikh peperiksaan universiti bertembung hari pengundian

July 6, 2023 · Politik

Tarikh peperiksaan di beberapa universiti awam dilaporkan bertembung dengan hari pengundian bagi pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Laporan BH yang memetik sumber hari ini menyebut antara universiti awam (UA) yang terkesan adalah Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Peperiksaan di UUM yang bermula bulan ini hanya tamat pada 20 Ogos depan sementara UIA akan memulakan pembukaan semester baharu 6 Ogos manakala UMP akan mengadakan pengambilan baharu bagi pengajian peringkat diploma universiti itu dalam tempoh PRN.

Menurut sumber KPT, tempoh peperiksaan kebanyakan universiti tamat antara penghujung bulan ini dan minggu pertama Ogos.

“Antara UA yang akan menamatkan peperiksaan pada minggu pertama Ogos ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 10 Ogos, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) masing-masing pada 6 Ogos, manakala Universiti Malaysia Sabah (4 Ogos dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 3 Ogos.

“Hanya UUM yang akan menjalani peperiksaan sehingga 20 Ogos depan manakala UMP dijangka memberi pelepasan pulang kepada penuntut untuk pulang mengundi.

“Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga sudah maklum mengenai pertindihan tarikh itu dan maklum balas akan diberikan segera,” katanya.

Sementara itu Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM, Muhammad Izuan Faiz Abdul Rahman mencadangkan supaya pihak universiti meminda jadual peperiksaan bagi membolehkan penuntut yang mengundi di enam negeri itu untuk pulang mengundi.

“Saya cadangkan diawalkan jadual peperiksaan. Apa-apa keputusan yang nak diambil seperti nak beri cuti, nak anjak ke depan, keutamaannya ialah tak boleh jejaskan penuntut.

“Kita tak nak menghalang penuntut menunaikan tanggungjawab tapi dalam masa sama kita tak nak jejaskan fokus peperiksaan,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian bagi PRN dan diadakan serentak di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan serta Terengganu.

Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 29 Julai dan 8 Ogos.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
6 jam lalu· Politik
Kerusi DUN Suka Menanti kekal milik PN, calon PH diarah bayar RM15,000
October 18, 2023· Politik
SPR tetapkan 2 Disember bagi PRK Kemaman, anggaran kos RM3.5 juta
October 17, 2023· Politik
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
6 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023 · Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
7 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok