Mahkamah benarkan Bersatu cabar tindakan SPRM beku dua akaun

October 30, 2023 · Politik

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan kebenaran semakan kehakiman kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan dua akaunnya.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid memutuskan mahkamah bersetuju dengan hujah Bersatu bahawa kes prima facie memihak kepada parti itu sebagai pemohon, lapor Bernama.

“Isu yang dibangkitkan oleh pemohon tidak remeh, menyusahkan dan permohonan itu boleh diterima oleh semakan kehakiman. Oleh itu, mahkamah ini membenarkan permohonan pemohon,” katanya semasa prosiding dalam talian.

Hakim itu berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) berhujah bahawa kuasa penyiasatan jenayah tidak wajar dengan bergantung kepada beberapa pihak berkuasa.

Bagaimanapun, mahkamah mendapati Peguam Negara menggunakan undang-undang yang didapati tidak lagi menjadi undang-undang yang baik, kata hakim.

Mahkamah menetapkan 28 Nov untuk pengurusan kes.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili kerajaan manakala peguam Rosli Dahlan mewakili Bersatu.

Pada 29 Mei, Kapt (B) Datuk Muhammad Suhaimi Yahya, sebagai pegawai awam Bersatu memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan SPRM membekukan akaun banknya untuk siasatan.

Beliau menamakan Peguam Negara (ketika itu) Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki masing-masing sebagai responden pertama dan kedua serta 20 individu lain sebagai responden ketiga hingga ke-22.

Bersatu mendakwa pada 19 April lepas, akaun bank CIMB dan AmBanknya disita tanpa sebarang perintah penyitaan dikeluarkan
mengikut Seksyen 50(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Bersatu mendakwa SPRM mengeluarkan kenyataan pada 20 April bahawa kedua-dua akaun itu disita pada 11 April tetapi tidak pernah memaklumkan kepada mereka mengenai tarikh tersebut.

Pada 30 Mei, Ahmad Kamal membenarkan permohonan kebenaran parti itu untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan SPRM membekukan akaun banknya untuk siasatan dan larangan perjalanan oleh Jabatan Imigresen terhadap Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berita berkaitan
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu· Isu semasa
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023· Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Popular
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023
Lagi Politik terkini
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
17 jam lalu · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
17 jam lalu · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
17 jam lalu · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok