Larangan bertakbir semasa himpunan Palestin itu budi bicara penganjur: Saifuddin Nasution

October 24, 2023 · Isu semasa

Penganjur himpunan ‘Freedom for Palestine’ pada hujung minggu baru-baru ini bertindak atas budi bicara mereka bagi melarang orang ramai bertakbir Allahuakbar, jelas Datuk Seri Saifuddin Nasutiuon Ismail.

Menteri Dalam Negeri itu berkata larangan bertakbir seperti yang dibuat penganjur himpunan di Dataran Merdeka pada Ahad sehingga mencetuskan kecaman orang ramai adalah bukan pendirian kerajaan dan ia dibuat mengikut budi bicara mereka sendiri.

“Soal dibenar atau tak dibenarkan takbir saya tak fikir itu isu utamanya. Saya Muslim, takbir ertinya melaungkan kebesaran Allah. Tiada khilaf di antara kita.

“Hal ini adalah bagaimana penganjur (himpunan) itu mengikut budi bicara mereka dan kefahaman mereka. Machang (Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal) boleh anjurkan 20,000 atau 30,000 esok, takbirlah. Kalau saya ada masa akan turut serta dan takbir sekuat-kuatnya,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal (Perikatan Nasional-Machang) yang bertanyakan sama ada kerajaan menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada menetapkan sebarang garis panduan melarang peserta himpunan untuk melaungkan takbir.

Tegasnya lagi, kerajaan sehingga kini kekal dengan pendirian untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menolak sebarang bentuk kerjasama negara dengan Israel.

“Soal boleh atau tidak mengecam Benjamin Netanyahu, pendirian kita juga jelas. Hakikatnya kita mengiktiraf perjuangan rakyat Palestin dengan sendiri kita menidakkan sokongan (kepada Netanyahu).

“Tapi kalau di sana himpunan dihadiri 300, 400 orang dianjurkan oleh satu pertubuhan dan kemudiannya kalau dia mengenakan apa-apa sekatan, ‘do and don’t’, itu harus dilihat secara fakta kejadian pada waktu itu.

“Ia tidak mencerminkan pendirian sepenuhnya kerajaan hari ini dan umat Islam yang cintakan keamanan dan perdamaian,” katanya.

Semalam, penganjur himpunan itu yang juga Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM), Datuk Dr Musa Mohd Nordin tampil memohon maaf berikutan penganjuran himpunan aman itu yang menimbulkan ketidakpuasan hati pelbagai pihak.

Katanya, beliau amat memahami terdapat beberapa pihak yang kurang berpuas hati dengan cara penganjuran perhimpunan itu.

Kelmarin, peserta himpunan berkenaan mengecam tindakan penganjur yang didakwa melarang mereka melaungkan takbir selain meminta menurunkan sepanduk yang memaparkan imej kecaman kepada Netanyahu.

Berita berkaitan
Anwar akui pernah beri ucap tama dałam program LI, tegaskan PKR bukan ahli
November 7, 2023· Politik
Pemuda PAS bidas kenyataan Menteri KDN berhubung cadangan bawa keluar rakyat Palestine
November 6, 2023· Politik
Pindaan Perlembagaan atau pada akta lain dalam isu kewarganegaraan: Saifuddin Nasution
November 1, 2023· Isu semasa
Dewan Rakyat kecoh selepas seorang MP kerajaan didakwa sokong Israel
October 30, 2023· Politik
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
5 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok