Anwar akui pernah beri ucap tama dałam program LI, tegaskan PKR bukan ahli

November 7, 2023 · Politik

PKR tidak pernah menjadi anggota pertubuhan antarabangsa Liberal International, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kontroversi tercetus sebelum ini selepas tular tangkap layar logo PKR dalam laman rasmi Liberal International yang pro Israel tersebut tetapi kemudiaan dibawa turun.

Anwar yang juga Presiden PKR turut berharap supaya isu itu tidak dipolitikkan, lapor Bernama.

“Soal liberal international, Yang Berhormat boleh semak kita tidak pernah menjadi anggota.

“Kita pada peringkat awal (menjadi) associate, tapi oleh kerana ada beberapa keputusan mereka termasuk mengiktiraf lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta pendirian (menyokong) Israel, kita tidak menjadi ahli,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini pada Waktu Pertanyaan Menteri, bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) yang meminta penjelasan sama ada PKR pernah menjadi ahli pertubuhan yang menyokong Israel.

Anwar menjelaskan beliau pernah menghadiri dan menyampaikan ucaptama pada persidangan antarabangsa Liberal International di Kaherah, Mesir, antaranya turut disertai ketua parti pembangkang di Mesir ketika itu, Ayman Nour; wakil Ikhwan al Muslimim (Muslim Brotherhood) Mahdi Akif, dan Mohamed Morsi (sebelum beliau menjadi Presiden Mesir).

Anwar berkata Mahdi Akif yang turut mendengar ucaptama itu, mengucapkan tahniah atas pendirian tegas yang disampaikan Anwar dalam menyentuh isu berkaitan kezaliman, hak kepada rakyat dan Palestin.

“Jadi bayangkan.. berbeza dengan sesetengah pendapat kita, betul saya hadir (persidangan itu)… kita juga hadir di United Nations (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dan di PBB, Israel merupakan anggota yang diiktiraf.

“Namun kita hadir sebagai anggota (PBB) tidak bermakna kita ada kena-mengena dengan Israel. Kita tidak ada hubungan dengan Israel,” kata Perdana Menteri.

Mengenai pendirian Liberal International menyokong Israel, Anwar berkata PKR telah memutuskan hubungan dengan pertubuhan itu dan perkara berkenaan telah dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Digital yang juga Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil.

“Oleh yang demikian kita putus hubungan, dan ini dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital selaku Ketua Penerangan (PKR).

“Kalau ditanya…dalam hubungan dengan beberapa badan antarabangsa yang saya pernah hadir… saya hadir, saya sebagai pengerusi, tetapi ada had dia. Bila timbul masalah pengiktirafan Israel, maka saya kata (itu) batas kita, tetapi rundingan dalam kesemua isu lain, saya teruskan umpamanya dalam ASEAN,” katanya.

Pada Jumaat, Fahmi memaklumkan PKR tidak pernah menjadi ahli kepada sebuah pertubuhan antarabangsa Liberal International susulan terdapat dakwaan yang mengaitkan parti berkenaan dengan pertubuhan antarabangsa itu.

Memetik contoh hubungan antara negara ASEAN, Anwar berkata pendirian setiap negara mengenai perjuangan menyokong Palestin adalah berbeza namun negara-negara ahli ASEAN mempunyai hubungan baik.

“Pendirian negara berbeza, Filipina lebih cenderung bersetuju dengan pendirian Amerika Syarikat (AS) walaupun tidak sekeras itu, tetapi kita dalam hubungan dua hala masih baik dengan Filipina. Dalam soal Palestin ini, hanya Malaysia, Indonesia dan Brunei nampak betul-betul kuat sepakat.

“Yang lainnya kita ada hubungan dan kita minta seperti mana saya berjumpa dengan Perdana Menteri Thailand yang baharu Srettha Thavisin, saya minta kalau boleh jangan terlalu kuat dengan pendirian pro-AS dalam Palestin kerana ini akan menyinggung dan menimbulkan keresahan dalam sebahagian masyarakat Thailand dan Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
Popular
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023
Lagi Politik terkini
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
17 jam lalu · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
17 jam lalu · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
17 jam lalu · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok