Pindaan Perlembagaan atau pada akta lain dalam isu kewarganegaraan: Saifuddin Nasution

November 1, 2023 · Isu semasa

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memuktamadkan sama ada pindaan peruntukan berkaitan kewarganegaraan akan dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan atau ia hanya akan melibatkan akta serta peraturan lain sedia ada.

Menteri berkenaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata dalam Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan tiga jalur mendapatkan kewarganegaraan, iaitu penguatkuasaan undang-undang, pendaftaran dan naturalisasi menerusi Perkara 14,15, 16,19 dan 30, lapor Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat puluhan akta dan peraturan lain yang menyokong kepada peraturan utama yang diperuntukkan berkaitan kewarganegaraan dalam Perlembagaan Persekutuan .

“Undang-undang berkaitan warganegara bukan hanya di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi turut didukung dengan akta dan peraturan lain seperti Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, Akta Pendaftaran Negara 1959, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di negeri-negeri, Akta Pasport 1966 dan Akta Imigresen 1959.

“Prinsip kewarganegaraan dihurai dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi untuk tujuan meluluskan isu warganegara turut diapit berbelas lagi peraturan… justeru bentuk pindaan nanti mungkin tidak dicerminkan pada Perlembagaan Persekutuan tetapi mungkin pada akta-akta sokongan ini…ini akan dimuktamadkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Saifuddin Nasution berkata sesi libat urus dengan pihak terlibat juga masih diteruskan, di samping KDN membuat semakan dengan amalan baik berkaitan perundangan kewarganegaraan yang diamalkan negara lain termasuk negara Komanwel dan bukan Komanwel.

Sementara itu, mengulas isu kebebasan bersuara dan pemansuhan Akta Hasutan 1948, Saifuddin Nasution menjelaskan jemaah Kabinet telah menetapkan akta berkenaan hanya digunakan bagi kesalahan yang menyentuh Institusi Raja.

“… jemaah menteri membuat satu keputusan jika membabitkan Institusi Raja seperti mencela, fitnah, perlekeh dan hina Institusi Raja yang mengikut Perlembagaan Persekutuan dilindungi sifat dan kemuliaannya, maka baru Akta Hasutan digunakan.

Bagi perbezaan biasa (kesalahan berkaitan kebebasan bersuara) kita guna akta sedia ada iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) serta Kanun Keseksaan (Akta 574)”, katanya.

Berita berkaitan
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
16 jam lalu· Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
16 jam lalu· Politik
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Jangan makan, merokok sebelum ujian kendiri RTK Antigen: Pakar
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
16 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok