Laporan Ketua Audit: Pinjaman 1MDB sehingga 2022 berjumlah RM18.17 bilion

October 11, 2023 · Isu semasa

Jaminan pinjaman syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjumlah RM18.17 bilion sehingga akhir 2022, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dikeluarkan hari ini.

Jaminan pinjaman berkenaan terdiri daripada bon berjumlah US$3 bilion atau RM13.17 bilion yang perlu dilunaskan pada 2023 dan bon sebanyak RM5 bilion yang akan matang menjelang 2039, lapor Bernama.

Laporan itu menjelaskan bon 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) telah matang dalam 2022.

Disamping itu, prinsipal bon berjumlah US$3.5 bilion atau RM15.524 bilion telah dilunaskan menggunakan dana Akaun Amanah

Mendapatkan Kembali Aset (AAMKA), manakala faedah pinjaman 1MDB yang mencecah RM1.541 bilion pada 2022 dilunaskan menggunakan peruntukan pembangunan berjumlah RM1.53 bilion dan dana AAMKA berjumlah RM11 juta.

Dana AAMKA berbaki RM1.927 bilion pada akhir tahun lalu.

Secara keseluruhan, komitmen jaminan kerajaan yang dilaporkan adalah berjumlah RM224.116 bilion pada 2022, menyusut sebanyak RM5.276 bilion atau 2.3 peratus berbanding 2021 yang berada pada RM229.392 bilion.

Pengurangan dalam kedudukan komitmen jaminan disebabkan oleh bayaran prinsipal pinjaman syarikat terutamanya 1MDB yang berjumlah US$3.5 bilion atau RM15.524 bilion, Govco Holdings Bhd (RM1.075 bilion), SRC International Sdn Bhd sebanyak (RM985 juta), Turus Pesawat Sdn Bhd (RM500 juta), Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (RM468 juta) dan Jambatan Kedua Sdn Bhd berjumlah RM94.62 juta).

Selain itu, laporan itu menyatakan terdapat terbitan pinjaman baharu antaranya oleh syarikat DanaInfra Nasional Bhd, Malaysia Rail-Link Sdn Bhd, Prasarana Malaysia Bhd dan TRX City Sdn Bhd bagi membiayai pelaksanaan projek infrastruktur negara.

Menurut laporan itu, Liabiliti Persekutuan berjumlah RM1.399 trilion iaitu terdiri daripada Hutang Persekutuan sebanyak RM1.080 trilion dan Liabiliti Kewangan berjumlah RM319.571 bilion.

Liabiliti Kewangan ini merangkumi Liabiliti Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) berjumlah RM34.492 bilion, Komitmen Kewangan sebanyak RM284.924 bilion serta Pelbagai Liabiliti berjumlah RM0.155 bilion.

Katanya, Liabiliti Persekutuan meningkat RM94.116 bilion atau 7.2 peratus berbanding 2021 yang berjumlah RM1.305 trilion.

Nisbah Liabiliti Persekutuan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar adalah 78.1 peratus berbanding 84.3 peratus pada 2021.

Berita berkaitan
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
17 jam lalu· Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
17 jam lalu· Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
17 jam lalu· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok