Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka

July 2, 2022 · Isu semasa

Orang ramai dinasihati mengurangkan pengambilan telur ekoran kenaikan harga barang tersebut, kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar.

Dalam satu rakaman video yang tular di media sosial dimuat naik saluran Youtubr Melaka TV semalam, Norena berkata sekiranya harga telur tinggi langkah yang boleh diambil pengguna adalah dengan mengurangkan daripada makan telur.

“Kita sebagai pengguna kalau dah tau kenaikan harga telur tu tinggi, kalau boleh kita kurangkan sikit makan telur.

“Kalau satu minggu kita makan lebih kurang 20 biji, kita kurangkan jadi 10 atau 15 biji. Tak ada masalah.

“Itu adalah cara gaya hidup kita,” katanya dalam rakaman tersebut.

Bercakap kepada pemberita di Pasar Besar Majlis Bandar Raya Melaka, Norena berkata rakyat perlu memahami situasi kenaikan harga barang disebabkan inflasi di seluruh negara ketika ini.

“Kerajaan memutuskan untuk bagi lagi pelbagai subsidi untuk bagi kita tak terbeban dengan inflasi tapi kita mohon sangat terutama rakyat Melaka (faham), kita sekarang dalam inflasi yang tinggi.

“Bukan Malaysia sahaja tekanan barangan naik, bahkan satu dunia. Ini bukan isu baru,” katanya.

Rakaman video berkenaan tular sejak semalam dan menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat.

Bermula 1 Julai, harga runcit siling ayam bagi semenanjung ditetapkan pada harga RM9.40 sekilogram, naik 50sen daripada RM8.90.

Harga siling telur ayam pula naik antara 2sen bagi setiap gred iaitu 45 sen sebiji bagi Gred A, 43 sen sebiji bagi gred B; dan 41 sen sebiji bagi gred C.

Berita berkaitan
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
Subsidi dan kawalan harga ayam berakhir pada Rabu ini
October 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kes rasuah: Wan Saiful hantar surat kepada SPRM
May 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok