‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’

February 5, 2023 · Isu semasa

Seorang individu, yang mendakwa waris keturunan Dayang Dayang Piandao – seorang puteri dan antara pentadbir Kesultanan Sulu pada 1936 – mendedahkan ada pemimpin yang terlibat dalam pertikaian dan tuntutan Sulu memainkan peranan dalam peristiwa pencerobohan pengganas di Lahad Datu, 10 tahun lalu.

Datu Omar Ali Datu Bachtiyal, mendakwa sebelum tragedi Tanduo,di Sabah, beliau didatangi individu mengaku Sultan Sulu, sekitar 2008 dan 2009 untuk mengajaknya berjuang menuntut Sabah daripada Malaysia, namun menolak sekeras-kerasnya rancangan itu.

Tanpa menamakan siapa dalam kumpulan membuat tuntutan itu bersama individu yang merancang pencerobohan berkenaan, beliau mengakui terkejut setelah mengetahui rancangan itu diteruskan beberapa tahun kemudian.

Bernama memetik lelaki berusia 64 tahun itu sebagai berkata orang ramai mengetahui peristiwa serangan pengganas Sulu di Sabah itu melalui laporan akhbar.

“Kita tahu kemudian daripada surat khabar (rancangan itu diteruskan). Saya sendiri pernah diajak untuk sertai (pencerobohan) Tanduo, tetapi menolak,” katanya.

Tragedi itu berlaku pada Februari 2013 apabila sekumpulan 100 pengganas Sulu dari selatan Filipina, mendarat di pantai Kampung Tanduo sehingga mencetuskan pertempuran berdarah.

Seramai 10 anggota pasukan keselamatan terkorban, manakala sekurang-kurangnya 68 pengganas Sulu berjaya ditembak mati dalam insiden itu.

Setelah tragedi hitam itu berakhir, Tanduo dijadikan kem tentera pada 15 Mac 2013 di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), atas usaha kerajaan memantau anasir jahat, khususnya memastikan insiden Tanduo tidak berulang.

Datu Omar Ali mendakwa beliau waris daripada salasilah Dayang Dayang Piandao, seorang puteri dan antara pentadbir Kesultanan Sulu pada 1936.

Dayang Dayang Piandao yang berkahwin dengan Datu Ombra Amilbangsa menaiki takhta dan menjadi Sultanah pada 1937 sehingga mangkat pada 1945.

Dalam pada itu, anak bongsu Datu Omar Ali, Datuk Datu Mohd Fadli Fathullah, 36, mendakwa beliau sendiri pernah berhubung dengan individu berkenaan untuk meminta rancangan menceroboh Sabah itu dihentikan, namun tidak diendahkan.

“Dia cakap dengan saya, kau jangan masuk campur, kalau kau mahu ikut, ikut, kalau tidak mahu ikut, jangan masuk campur. Dia cakap begitu, selepas itu dia matikan telefon dan itu kali terakhir saya berhubung dengan dia.

“Saya tidak mahu ini (tragedi Tanduo) berlaku, tetapi itulah berlaku juga,” katanya yang mendakwa perbualan itu berlaku pada 2009.

Kumpulan Sulu sebelum ini dilaporkan mengambil tindakan undang-undang ke mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah, yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Pada 28 Februari 2022, penimbang tara, Dr Gonzalo Stampa dilapor telah memberikan ‘final award’ kepada pihak yang menuntut sebanyak AS$14.92 bilion.

Bagaimanapun, Mahkamah Perancis telah menangguhkan penguatkuasaan ‘final award’ yang diberikan Stampa di Perancis sementara menunggu keputusan kehakiman tindakan Malaysia untuk mengetepikannya.

Tindakan Malaysia itu atas dasar bahawa penguatkuasaan berkenaan mungkin mengancam kedaulatan Malaysia ke atas wilayah Sabah.

Berita berkaitan
Zakir Naik akan kembali ke Malaysia, bagaimana pendirian DAP?
March 28, 2023· Isu semasa
Isu usul tiada pertandingan, Zahid kata kuasa menteri adalah muktamad
March 8, 2023· Politik
Bung malu dengan wakil rakyat Sabah yang suka melompat
March 2, 2023· Politik
Keadaan banjir semakin buruk, ada kanak-kanak lemas dan jalan ditutup
March 2, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
3 jam lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
5 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
5 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
6 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok